Cerita pasal achik pula....hari ni achik nak cabar diri dia..dia kata dia boleh tutup gerai aku dalam masa 30 minit seorang diri sahaja.Aku cakap try buat..percaya pada diri..pasal hg dah buat hari2 tutup gerai ngan aku so hg boleh wat dalam masa 30 minit seorang diri.Hg tau mana nak simpan dulu,mana nak simpan kemudian...
Pastu dia pun wat..pecah peluh beb aku tengok dia...masa tu aku dok main2 kat thread sebelah..sambil main2,sambil perhati dia..last sekali..aku tolong dia ambik barang masuk dalam kereta..aku cakap selagi tak strat kunci kereta,selagi tu belum tamat.
Masa yg dia ambil cuma 25 minit sahaja.Pastu dalam perjalanan balik,aku nasihat dia...dalam masa 30 minit pun kita rasa puas sebab target kita tercapai..apatah lagi target umuq 20 tahun,target umuq 25 tahun dan seterusnya..sebab target tu melibatkan kehidupan kita.Kalau target kita tercapai,memang kita rasa puas dan sentiasa mencabar diri untuk perbaiki diri..dan jangan aniaya diri dengan membelakangkan amanah Allah,Rasul,mak bapak,majikan,org awam..
"Wahai Tuhan kami,kami telah menganiayai diri kami sendiri dan kalau engkau tidak mengampunkankami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami di kalangan orangyang rugi." (Al-A'raf: 23). Amin!