BTC USD 83,657.5 Gold USD 4,154.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kibarkan Jalur Gemilang Terbalik!

Kibarkan Jalur Gemilang Terbalik Sebagai Tanda Protes Situasi Ekonomi dan Politik.


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
Kisah salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W

MUSH'AB BIN UMAIR R.A ..

Mush'ab merupakan seorang remaja Quraisy yg terkemuka, wajahnya sangat tampan dan digilai ramai pemudi2 pada
zaman itu. Beliau amat dimanjakan oleh kedua ibubapanya..
Pewangi yang dipakainya tidak dapat ditandingi sesiapapun, malah jubahnya labuh dan diperbuat daripada kain yang
mahal...

Mush'ab merupakan antara pemuda yang awal memeluk Islam. Setelah memeluk Islam, tiada keraguan dlm hatinya
kecuali satu hal. Ibunya.. Oleh sebab itu, beliau merahsiakan keIslamannya. Namun, berita keIslamannya tersebar
apabila ada segolongan orang Quraisy melihat beliau mengikuti pengajian Rasulullah di rumah al-Arqam dan
menunaikan sembahyang.. Setelah mengetahui hal itu, ibunya, Khunas bin Malik berasa sangat marah.
Ibunya telah mengumpulkan seluruh pembesar Mekah dan memaksa Mush'ab utk kembali ke agama asalnya. Oleh
sebab Mush'ab berdegil, beliau dikurung oleh ibunya di suatu tempat yg terpencil. Namun Mush'ab berjaya meloloskan
diri ketika kaum muhajirin berhijrah ke Habsyah dan turut serta dalam penghijrahan itu.

Setelah ibunya berputus asa dengan menggunakan kekerasan... Ibunya cuba memujuk beliau utk kembali ke agama
asal dengan air mata..Khunas bin Malik tidak mahu makan melainkan Mush'ab kembali ke agama asalnya.. Dengan
yakinnya Mush'ab berkata..

" Ibuku, anadai ibu dianugerahkan 100 nyawa dan nyawa itu dicabut satu per satu, aku tetap tidak akn berganjak dari
agamaku."


Kemudian, datanglah giliran perang Uhud..yg memberi banyak pengajaran kepada kita...
Mush'ab ditugaskan sebagai pembawa bendera dalam perang ini.

Perang pun tercertus, berkobar lalu berkecamuk dengan sengit. Kaum muslimin menang. Namun pasukan panah
melanggar perintah Rasulullah dan meninggalkan kedudukan di celah bukit untuk mengumpul harta rampasan perang.

Perbuatan itu dengan cepat merubah suasana, kemenenangan bertukar kegagalan... Pasukan muslimin diserang
bertubi-tubi oleh pasukan berkuda Quraisy yang menyerbu dari puncak bukit. Kaum Muslimin berada dalam keadaan
porak peranda.

Melihat keadaan itu, Mush'ab merasa terancam. Beliau ingin menyelamatkan nyawa Rasulullah.. lalu beliau mengangkat
bendera setinggi-tingginya,lalu bertakbir sekeras-kerasnya, lantas menyerang pasukan lawan. Niatnya hanya untuk
menarik perhatian musuh agar mereka dapat melupakan Rasululullah...

Walaupun seorang diri,Mush'ab bertempur bagaikan sebuah pasukan tentera yang besar...
Sebelah tangannya memegang bendera, manakala sebelah tangannya lagi memegang pedang.

Salah seorang sahabat yang melihat peristiwa itu menceritakan:

Mush'ab bin Umair adlh pembawa bendera di Perang Uhud. Tatkala barisan Kaum Muslimin pecah, Mush'ab bertahan
pd kedudukannya. Dtglah seorang musuh berkuda, Ibn Qumaiah namanya, lalu menebas tangannya hingga putus,
sementara Mush'ab mengucapkan
" Muhammad itu tiada lain hanyalah seorg Rasul, yg sblmnya tlh didahului oleh bbrp Rasul," maka dipegengnya bendera
dengan tangan kirinya sambil membungkuk melindunginya. Musuh pun menebas tangan kirinya hinga putus. Mush'ab
membungkuk ke arah bendera, lalu dengan kedua pangkal lengan meraihnya ke dada sambil mengucapkan
"Muhammad itu tiada lain hanyalah seorg Rasul, yg sblmnya tlh didahului oleh bbrp Rasul,". Lalu org berkuda itu
menyerangnya ketiga kali dgn tombak, dan menikamnya hingga tombak itu pun patah. Mush'ab pun gugur, dan bendera
pun jatuh..."

Gugurlah Mush'ab dan bendera pun jatuh... Demi cintanya yang tiada terbatas kepada Rasul dan cemas memikirnya
nasibnya nanti, ketika ia akan pergi berlalu, setiap kali pedang jatuh menerbangkan sebelah tangannya, dihiburkan
hatinya dgn ucapan Muhammad itu tiada lain hanyalah seorg Rasul. dan sebelumnya tlh didahului beberapa org
Rasul...Betapa tingginya kecintaan Mush'ab kepada Rasulullah...

Setelah perang berakhir, Rasulullah dan para sahabat dtg meninjau medan pertempuran. Ketika sampai di tempat
terbaringnya jasad Muash'ab bercucuranlah air mata baginda.

Khabbab bin 'Urrat berkata:

Kami hijrah di jalan Allah bsm Rasulullah dgn mengharap keredhaannya, hingga pastilah sudah pahala di sisi Allah.
Antara kami ada yg tlh berlalu sblm menikmati pahalanya di dunia ini sedikit pun. Antaranya ialah Mush'ab bin Umair di
perang Uhud. Tak sehelai pun kain untuk menutupinya selain sehelai burdah. Andainya ditutupi kepalanya, terbukalah
kedua kakinya. Bila ditutup kakinya, terbukalah kepalanya. Maka Rasul mengarahkan supaya menutup kepalanya, dan
kakinya ditutup dgn rumput idzkir"

Ketika Rasul menutup jasadnya dengan burdah, baginda bersabda:

" Ketika di Mekah dulu, tak seorangpun aku lihat yang lebih halus pakaiannya dan lebih rapi rambutnya daripadamu.
Tetapi skrg ini, kau kembali dgn rambutmu yang kusut masai, hanya dibalut sehelai burdah."

Begitulah berakhirnya riwayat hidup seorang Mush'ab, duta Islam yang pertama...Beliau sanggup berjuang bermatimatian
untuk menegakkan deen tercinta...
Wallah hu a'lam

Lihat lah kwn2. sahabat rasullah sangguh bermati2an mempertahankan bendera perang x kan kita nak mencemarkan kedaulatan negara kita sendiri?? Ambil iktibar dari kisah tersebut.
 
pendapat aku..

bendera malaysia adalah bendera negara.. kepunyaan rakyat, umno ke pas ke mca ke dap ke, bn ke, miskin ke , kaya ke, tua ke muda ke..

jadi hak milik bersama... walaupun bn memerintah, tapi kerajaan adalah lain, parti adalah lain... sebagai rakyat kita kena patuh pada kerajaan, tapi kita bole tak patuh pada parti yang memerintah bagi seorang ahli parti pembangkang.....

contohnya, sebagai ahli parti pakatan rakyat, kita "musuh" pada parti BN, namun kita trtakluk pada kerajaan punyer polisi.. so
bila lalu kat tol, kita kena la bayar, kita takleh la kata " aku tak mo bayar, aku parti pembangkang", ....

sebab ini polisi kerajaan...

contoh lain, " aku takmo pakai sistem punch card, sebab ini kerajaan yang buat, aku parti pembangkang..."

ini tak bole....

begitu juga dalam kes bendera ni...


kalau nak terbalikkan, terbalikkan dacing BN atau bendera UMNO tu....
 
Evil Pertahankan Abdullah

Saya akan pertahankan hak Abdullah Ahmad Badawi yang merujuk saya sebagai Evil. Saya juga akan pertahankan hak Abdullah menuduh saya berniat jahat. Saya hormati hak Abdullah sebagai individu dan menghormati haknya untuk berkata-kata.

Sekarang bolehkah Abdullah menghormati hak saya?

Dendam kesumat Abdullah terhadap saya tidak perlu dibangkitkan hingga melibatkan perundangan negara.

Jika Abdullah yang berada di singgahsana merasa sedih melihat Jalur Gemilang diterbalikan secara maya di alam siber oleh saya, seribu kali lagi saya merasa sedih bertanggungjawab menerbalikan jalur gemilang itu.

Setiap hari bila saya membuka blog saya, hati saya terguris melihat jalur gemilang ini terbalik. Namun saya tabahkan hati saya kerana bagi saya nilai masa hadapan dan nilai nyawa seorang rakyat Malaysia lebih utama dari segala perlambangan.

Saya terbalikkan jalur gemilang setelah Kerajaan melaksanakan “Self-Service System” di stesen-stesen minyak seluruh negara. Tindakan kerajaan ini mengakibatkan atendan-atendan pam di seluruh Malaysia menerima notis perberhentian kerja pada 1 Ogos 2008. Mereka akan mula kehilangan punca pencarian pada 1 September 2008.

Kebanyakan pekerja stesen minyak di pekan-pekan kecil dan kawasan luar bandar adalah anak watan, warganegara Malaysia. Kalau kita boleh menangisi dan membesarkan tindakan kilang-kilang multinasional memberhentikan pekerja, bagaimana pula dengan nasib pekerja-pekerja orang Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain yang hilang pekerjaan akibat tindakan Kerajaan yang sepatutnya mewakili mereka ini.

Adakah kerana saya protes terhadap penindasan menerusi polisi oleh Kerajaan terhadap anak bangsa sendiri adalah berniat jahat?

Apakah saya menerbalikan bendera Malaysia supaya masyarakat mendengar keluhan saya tentang nasib anak-anak watan ini menjadikan saya seorang yang jahat?

Setiap hari terpampang di dada akhbar nasib anak-anak watan yang dilanda kemiskinan. Setiap hari terpampang di dada akhbar anak-anak watan mencabut nyawa mereka sendiri bahkan lebih dasyhat mencabut nyawa anak-anak mereka sekali kerana tidak sanggup berhadapan dengan kemelut ekonomi dan masalah rumahtangga yang hadir setelah mereka di landa kemelut itu.

Saya pernah melaluinya. Saya pernah kehilangan pekerjaan dan bukan sekali tetapi lebih dari itu. Saya tahu jerih perihnya. Saya masih ingat hangatnya airmata saya mengalir di pipi sewaktu saya membelai rambut anak saya yang sedang lena. Saya masih merasa pedihnya tidak dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak saya.

Tetapi, diluar sana, bukan lagi soal memberikan yang terbaik tetapi memberikan keperluan asas pun sudah tidak termampu. Memang benar, kita masih belum menjadi seperti Myanmar, tetapi haruskan kita menunggu sehingga kita setaraf dengan Myanmar?

Dimanakah ahli-ahli politik yang kita lantik pada 8 Mac 2008 yang lalu. Berapa ramaikah yang bermati-matian mempertahankan hak rakyat dengan segala kudrat mereka? Berapa ramaikah pula yang terhoyong-hayang ke sana ke mari terus bermain politik?

Sekarang kita berhadapan dengan kemelut dalaman UMNO yang mengikat pemimpin-pemimpin mereka sepenuh masa untuk mempertahankan kedudukan mereka di dalam pemilihan UMNO di peringkat Cawangan, kemudian Bahagian dan akhirnya peringkat nasional, begitu juga dengan MCA.

Fokus ahli-ahli politik yang sepatutnya menjana minda mereka untuk memberi yang terbaik kepada rakyat Malaysia sebenarnya telah terhapus dengan kesungguhan mereka bermain politik.

Saya mengeluh, saya tahu rakyat segelintirnya turut mengeluh sama. Saya tahu majoriti rakyat Malaysia merasai kesan di atas merudumnya ekonomi mereka sendiri akibat tindakan kerajaan yang tidak tepat. Ya, saya yakin di dalam banyak hal, tindakan oleh kerajaan tidak tepat.

Akibatnya, rakyat merasai kesengsaraannya. Persoalannya bukan berapa ramai yang mengalami kesengsaraan tetapi berapa ramai yang berani meluahkan kesengsaraan mereka.

Bagi atendan-atendan pam minyak yang kehilangan punca pencarian bermula 1 September ini, dunia mereka sudah roboh. Bukan mudah malah hampir mustahil untuk mencari pekerjaan dikampung dan dipekan kecil dengan hanya berbekalkan sijil tamat sekolah rendah, tamat tingkatan 3 dan tercicir dari tingkatan 5. Bukan juga mudah bagi pak cik dan mak cik yang yang tidak mempunyai apa-apa kelulusan dan kini berusia lebih 50 tahun yang terpaksa bekerja seharian di pam minyak dan kini seharian hidup mereka hendak ke mana?

Orang-orang kecil, warga kerdil Malaysia mengalami kesengsaraan. Saya mahu hak mereka tidak diabaikan. Apabila hak mereka kita abaikan seperti yang berlaku sekarang, yang bersalah bukan sahaja kerajaan, bukan sahaja ahli-ahli politik dan bukan sahaja orang-orang kaya.

Apakah kita fikir insan-insan kecil ini pedulikan kebanggaan kita pada Jalur Gemilang? Mereka juga ingin berjaya. Ingin membelai anak-anak mereka setiap malam. Mereka juga ingin mandikan anak-anak mereka dengan kebahagiaan.

Apakah patriotik namanya berdiri tegak menjulang panji dan bendera sedang kaki bergelumang najis?

Bagi saya, itu bukan patriotik namanya. Sebuah negara boleh wujud tanpa panji tanpa bendera, tanpa nama dan kebesarannya. Tetapi bolehkah wujud sebuah negara tanpa rakyat, tanpa insan kerdil. Bukankah kita dulupun insan kecil juga?

Salam saya buat Abdullah.

Sheih Kickdefella
 
Dalam Islam sendiri panji-panji dianggap penting....zaman Rasullah dulu kalau jatuh panji-panji masa perang dikira jatuhlah martabat Islam....mcm skrg nie pelik bin ajaib rakyat masia sendiri nak hina panji-panji negara mcm tu sekali....mungkin kita nie tak nampak apa yg ada disebalik panji-panji masia....ada bulan sabit dan bintang yang melambangkan bendera kita mendokong Islam....semoga Allah selamatkan masia dari sebarang ancaman dan musibah....walahualam
 
Dalam Islam sendiri panji-panji dianggap penting....zaman Rasullah dulu kalau jatuh panji-panji masa perang dikira jatuhlah martabat Islam....mcm skrg nie pelik bin ajaib rakyat masia sendiri nak hina panji-panji negara mcm tu sekali....mungkin kita nie tak nampak apa yg ada disebalik panji-panji masia....ada bulan sabit dan bintang yang melambangkan bendera kita mendokong Islam....semoga Allah selamatkan masia dari sebarang ancaman dan musibah....walahualam

gua sokongggggggggg.....
yg wat camni kn org yg otak kat lutut...
hidup menyushkn org jerk...
tembak campak kat laut jerk lg baguih....
:(scam :(scam
 
Siasat blogger 'kurang ajar' - PM

MELAKA - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan cadangan dari seorang penulis blog supaya rakyat mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik sempena sambutan Hari Kemerdekaan sebagai satu perbuatan "kurang ajar."

Perdana Menteri berkata, perbuatan sedemikian bukan lagi boleh disifatkan sebagai satu perbuatan nakal tetapi amat jahat.

"Itu kurang ajar (bendera terbalik), tiada hormat langsung dengan bendera kita, apa yang marah sangat dengan bendera Malaysia,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jambori Keamanan Antarabangsa Ketiga Pengakap di sini semalam.

Abdullah berkata, penulis blog itu cuba mencetuskan satu idea tanpa memikirkan kesan selanjutnya.
 
Back
Top
Log in Register