Norhamizah Mohd Yusof, 29, berkata dia terdesak mengangkat ‘bendera putih’ sejak Jumaat lepas selepas buntu untuk mendapatkan bantuan makanan demi kelangsungan hidup bersama suami dan empat anak mereka.
Katanya, sepanjang tempoh empat hari lalu mereka sekeluarga terputus bekalan makanan terutamanya beras dan hanya bergantung kepada biskut serta roti sahaja.
“Bagaimanapun, saya bersyukur selepas beberapa hari mengangkat bendera putih wakil Ahli Parlimen Pengkalan Chepa termasuk penghulu dan beberapa individu lain tampil menghulurkan bantuan makanan dan wang tunai," katanya.
tular, Norhamizah, kronik, buah pinggang, bantuan
www.bernama.com