BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khidmat WiFi pertama Celcom

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Khidmat WiFi pertama Celcom


CELCOM Axiata Bhd (Celcom) melancarkan perkhidmatan WiFi pertama Celcom barunya, yang menjanjikan akses segera ke Internet untuk pengguna menerusi hotspot WiFinya sendiri di lokasi-lokasi tertentu di seluruh Malaysia.

Celcom First WiFi ialah sebahagian daripada perkhidmatannya yang menyeluruh meliputi suara, data, kediaman, WiFi dan rumusan perusahaan.


Bagi pelancaran itu, Celcom First WiFi boleh didapati di lebih 400 lokasi, termasuk gedung beli-belah utama, hab pengangkutan, pusat perniagaan, pejabat dan hotel seluruh Malaysia. Celcom juga dijangka menambah jumlah lokasi menjelang akhir Mac tahun depan.

Ketua Operasi Advanced Data Celcom Axiata Bhd, Afizulazha Abdullah berkata, dengan populariti yang meluas penggunaan tablet dan lain-lain peranti data, Celcom melangkah ke hadapan dengan penawaran WiFi utama yang akan memastikan pengguna terus saling berhubungan di mana dan pada bila-bila masa,” katanya.





sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KhidmatWiFipertamaCelcom/Article/index_html
 
Back
Top
Log in Register