BTC USD 82,827.5 Gold USD 4,092.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khidmat sewa iPhone untuk raya laris

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,703
Joined
Dec 18, 2007
Messages
29,703
Reaction score
352
Points
141
geli-iphone.jpeg

Penduduk di Bekasi memilih untuk menyewa iPhone untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri. - Lambe Turah

JAKARTA – Beberapa perniagaan yang menawarkan perkhidmatan sewa iPhone di Bekasi, wilayah Jawa Barat mendedahkan bahawa permintaan untuk menyewa telefon pintar itu meningkat menjelang Hari Raya Aidilfitri, lapor portal berita Lambe Turah.

Pemilik Sewa iPhone Aja Bekasi, Fika Fitrianesia, semua telefon pintar itu telah ditempah oleh pelanggan.

“Alhamdulillah, iPhone kami habis ditempah. Tempoh sewa biasanya sehari, namun di sini, minimum sewaan adalah dua hari. Tempoh sewa paling lama pernah direkodkan adalah 14 hari,” katanya.

Menurutnya, orang ramai gemar menyewa model iPhone terbaharu seperti iPhone 13, iPhone 14 dan iPhone 15 Plus pada tahun ini.

“Kadar sewa bergantung kepada jenis iPhone. Bayaran sewa iPhone XR selama 12 jam adalah 110,000 rupiah (RM26),” tambahnya. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register