Wanted Khidmat Menulis Artikel Dan Sebagainya

CG Sponsors




samkitaro

Active Member
Joined
Nov 14, 2011
Messages
1,657
Reaction score
0
Points
20
Jika perlukan artikel-artikel bermutu dalam B. Malaysia dan B. Inggeris, sila mail [email protected]
Bayaran mengikut panjang artikel. Contoh 300-400 pp RM10 satu. Sehari boleh siapkan 10 artikel. T.kasih.
 
Sponsored Post

samkitaro

Active Member
Joined
Nov 14, 2011
Messages
1,657
Reaction score
0
Points
20
Translation English-B.Malaysia juga diberi perkhidmatan. Tq.
 

darkkiller

Super Active Member
Joined
Jun 1, 2007
Messages
8,311
Reaction score
573
Points
111
Tunjukkan contoh penulisan bro kat sini,terutama ayat marketing atau rekaan sendiri
 

samkitaro

Active Member
Joined
Nov 14, 2011
Messages
1,657
Reaction score
0
Points
20
pohon bagi yang berminat pm saya. terimakasih
 

samkitaro

Active Member
Joined
Nov 14, 2011
Messages
1,657
Reaction score
0
Points
20
Contoh Artikel:

China Sebagai Penyelamat Ekonomi Dunia?
Krisis ekonomi Eropah (Eurozone) yang semakin meruncing perlu dilihat sebagai pemangkin krisis di peringkat global yang sudah sedia rapuh.
Dahulu, dunia cemas dengan keadaan Greece walaupun sebenarnya Greece hanya menyumbangkan 2% sahaja daripada keluaran kasar Kesatuan Eropah (EEC). Perhatian sepatutnya ditumpukan kepada Itali, salah sebuah kuasa besar ekonomi dunia. Hutangnya sahaja labih besar daripada gabungan hutang-hutang Sepanyol, Portugal, Ireland dan Greece. Rakan-rakan sekutu Eropahnya sudah tidak berdaya untuk membantunya lagi.
Betapa rakyat Itali menyandarkan sepenuh harapan kepada Perdana Menterinya Silvio Berlusconi yang telah menjanjikan reformasi besar-besaran namun segala-galanya hanya tinggal harapan. 17 tahun pemerintahannya hanya memburukkan lagi keadaan. Jenayah berleluasa, politik korup, sistm pendidikan dan kesihatan yang merosot malah terlalu banyak masalah yang muncul.
Para ahli ekonomi juga tidak nampak jalan penyelesaian terhadap krisis Eurozone ini dalam masa yang singkat, tidak juga untuk jangkamasa 10 tahun ke hadapan. Bagaimanapun pasaran ekonomi memerlukan khabar dan tindakan yang boleh menenangkan suasana. Jika itu tidak berlaku, ekonomi global akan jatuh merudum dan kita semua akan merana dengan dahsyatnya..
Mario Monti , mantan Pesuruhjaya EU yang digembar-gemburkan sebagai pengganti Berlusconi pernah membayangkan betapa satu letusan dinamik diperlukan untuk memecah kebuntuan aliran ekonomi EU. Kekuatan yang diperlukan tidak dapat disediakan oleh Pakatan Eropah. Kuasa ekonomi manakah yang mempunyai kekuatan itu? Amerika? Jauh sekali. Dengan simpanan asing bernilai lebih 3 Trilion malah dikhabarkan mencecah 10 Trilion, China adalah satu-satunya harapan yang ada. Hanya bom sebesar itu sahaja yang dapat melancarkan aliran ekonomi EU dan seterusnya menstabilkan iklim ekonomi global.
Negara China jika dapat dipujuk untuk menjadi penyelamat bersama-sama Arab Saudi yang mempunyai rezab tunai yang mega itu oleh IMF, berkemungkinan akan menjadi hero dunia. Apakah balasannya kepada mereka? Berikan lebih banyak ruang bersuara dan pengikat kata putus kepada China terutamanya. Malah. IMF tidak akan diterajui lagi oleh blok Barat. Blok Ekonomi Asia akan semakin menyerlah. Malaysia akan turut sama merasakan serpihan nikmat itu. Di dalam dunia yang tenat dengan hutang piutang, kuasa dipegang oleh pemberi hutang. Dahulunya, Amerika Syarikat dilihat sebagai penyelamat dan pemberi hutang yang agung tetapi iklim Ekonomi telah berubah samasekali.
Negara China yang bagaikan pepatah Melayu ‘Diam Ubi Berisi’ menggunakan sepenuh kelebihan yang ada padanya untuk muncul sebagai kuasa ekonomi dunia yang hebat kini. Namun begitu segala-galanya tidak berlaku dengan sekelip mata.
Oded Shenkar, seorang pengkaji ekonomi dunia dari Universiti Ohio State dalam bukunya, The Chinese Century, mencatatkan beberapa faktor penyebab yang dilihat menyumbang kepada kepesatan ekonomi China.
Antaranya adalah faktor buruhnya yang ramai dan murah. Pendapatan bagi pekerja kilang di China adalah 30 kali kurang daripada pendapatan pekerja kilang di Amerika. Juga harus diambil kira adalah kepesatan teknologinya hasil daripada penghijrahan kilang-kilang syarikat gergasi ke sana.
Bermula dengan barang-barang kecil seperti permainan kanak-kanak, pakaian dan sebagainya, China telah mula mengorak langkah mengeluarkan mesin-mesin dan kenderaan-kenderaan yang jauh lebih murah daripada pasaran dunia dengan kualiti yang baik. Masyarakat dunia yang semakin kempis poketnya sudah tentu terpaksa beralih kepada barangan yang lebih murah yang disediakan oleh pengilang China. Segala-galanya menyebelahi gergasi ekonomi itu; keadaan dan masa. Sebagai contoh, rangkaian pasaraya Wal-Mart telah melambakkan pasaran Amerika dengan barangan dari China , begitu juga pasaraya-pasaraya gergasi lainnya yang tidak mahu ketinggalan.
Kebanyakan tokoh-tokoh korporat China mendasarkan kejayaan mereka kepada falsafah .’Seni Berperang Tsun Tzu’ yang menjadi teras ikutan mereka. Itu juga boleh dimasukkan sebagai faktor penyumbang kerana ‘Seni Berperang Tsun Tzu’ telah menjadi ikutan ramai di seluruh dunia dalam semua bidang.
Seni berperang Tsu Tzu mengatakan bukan kemasyuran nama yang penting untuk memenangi peperangan tetapi strategi yang hebat. Masyarakat seluruh dunia tidak lagi mementingkan jenama lagi tetapi lebih kepada penggunaan. Barangan dari China yang tidak berjenama bukan satu isu besar malah harganya yang murah menyebabkan pengguna tidak risau untuk membelinya.
Amerika dan Negara-negara EU sibuk mencanangkan tentang penindasan pekerja di China dan pencurian teknologi mereka oleh kuasa besar itu. Masyarakat dunia tidak peduli tentang itu lagi, begitu juga penduduk Negara China tidak pentingkan sangat soal hak asasi mereka selagi mereka dapat keperluan asas dalam hidup seperti rumah, pakaian dan makanan.
Walau apapun, dunia harus menerima hakikat bahawa Blok Perdagangan Asia yang diterajui China kini adalah jawapan kepada masalah ekonomi global. Tiada prejudis tentang itu.

Contoh rewrite:



Remember the movie ‘Home Alone’? Those two movie criminals whom were literally slaughtered by Macaulay Culkin were hundred folds luckier not to barge into the home of Patricia Harrington, 11. This Montana girl had been left alone on her own not knowing that two dangerous unwelcome guests were ready to pounce on her. Patricia who is a child clay shooting champion did not waste any time in securing her father’s 12-gauge Mossberg 500 shotgun when the two illegal aliens broke in through the front door. Ralphel Resindez , 23 was fatally shot point blank as he climbed up the stairs. His abdomen and genital were blasted through. Another intruder, Enrico Garza suffered a big wound on his shoulder after he too was shot when he approached the stairs. The bleeding man went out of the door but the angel of death caught him just outside the house. He was dead before any help could be administered. The police found out later that the two intruders had robbed David O’Burien , 50 and took his 45-calibre handgun prior to the Harrington’s house intrusion. Mr. O’Burien was fatally stabbed in the robbery. Let us reenact the intrusion the other way around, the two criminals got hold of Patricia, raped her and then blasted her head open. Then they fled away, and continue on with their killing spree. so much for Gun Control! This real episode of life wouldn’t be aired by NBC, CBS, PBS, ABC News or alike since it will cause so much heated debates but does anybody care that Patricia Harrington is still alive and kicking? Patricia, our little AMERICAN girl?
Another thing to ponder on, the criminals don’t deserve any tender words. Evil is evil! Period. We, the Americans, definitely deserve to defend our forte. Period.
 

anakmalaya

Active+ Member
Joined
Oct 1, 2009
Messages
3,633
Reaction score
47
Points
30
bagus servis ni.. nanti aku nak translate proposal dalam bahasa melayu aku cari bro...
 

NarNiaShop

Active Member
Joined
Dec 19, 2010
Messages
1,948
Reaction score
1
Points
25
memang memerlukan servis unique artikel :):) ..
ader ym x utk berhubung atau no tel​
 

samkitaro

Active Member
Joined
Nov 14, 2011
Messages
1,657
Reaction score
0
Points
20
sila refr blog utk contoh in English sam-kitaro.blogspot.com
 
Sponsored Post
Top
Log in Register