Khawarij Al-Qa'diyyah
Kata ulama besar Mazhab al-Syafie yang juga muhaddis tersohor al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani (W.852H);
"Al-Khawarij 'al-qa'diyyah' (yang duduk);
mereka tidak menyeru manusia memerangi pemerintah (dengan senjata),
namun mereka mengingkari pemerintah yang zalim dengan menyeru manusia kepada pendapat mereka
yang memperelokkan serta memperindahkan sikap khuruj (keluar dari mentaati pemerintah)."
[Lihat: Tahzib al-Tahzib, oleh Ibnu Hajar, 8/114]
Difahami dari kata-kata Ibnu Hajar, bahawa khawarij al-qa'diyyah adalah golongan yang melakukan provokasi juga menyebarkan persepsi supaya rakyat tidak mentaati pemerintah.
Kerana itu al-Imam Abu Daud (W.275H) menukilkan perkataan dari Abdullah bin Muhammad al-Sha'if bahawa;
"Khawarij al-Qa'diyyah adalah seburuk-buruk khawarij." [Lihat: Masa'il al-Imam Ahmad, oleh Abu Daud, ms 271]
Maka sudah tentu hadis yang menyeru kepada mentaati pemerintah TIDAK HANYA merujuk kepada khawarij yang mengangkat senjata sahaja BAHKAN merangkumi juga khawarij al-Qa'diyyah.
Sumber: Page DFB

Last edited: