keepitreal
Active Member
- Messages
- 1,556
- Joined
- Jul 19, 2006
- Messages
- 1,556
- Reaction score
- 21
- Points
- 25
Khalid Samad tiada tauliah: MAIS
2011/09/08
SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini mengesahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, tidak mempunyai tauliah mengajar ataupun memberi ceramah agama di masjid dan surau seluruh negeri Selangor.
Sehubungan itu, Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memanggil Khalid untuk memberi keterangan terhadap siasatan berhubung aduan bahawa beliau memberi ceramah agama tanpa tauliah di sebuah surau di Klang bulan lalu adalah sah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
"YB Khalid Samad tidak boleh membuat apa-apa penyampaian agama termasuklah tazkirah, ceramah, kuliah dan apa-apa pengisian agama di masjid dan surau di seluruh Selangor kerana ketiadaan tauliah daripada MAIS," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mohamad Adzib berkata, keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tauliah MAIS pada 23 Jun lalu yang menolak rayuan Khalid berhubung penarikan tauliah beliau dibuat selaras dengan perkenan Sultan Selangor untuk tidak memberikan tauliah mengajar atau berceramah mengenai agama Islam kepada ahli politik di masjid dan surau di Selangor.
Beliau turut mengingatkan nazir masjid dan pengerusi surau di Selangor agar tidak menjemput ahli politik untuk memberikan ceramah, tazkirah atau khutbah berkaitan agama Islam kecuali yang mempunyai tauliah MAIS yang masih berkuat kuasa. - BERNAMA