BTC USD 61,063.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ketua blok lepas tumbukan.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Kuala Lumpur: Seorang lelaki dipercayai ketua blok sebuah pangsapuri naik hantu apabila bertindak menumbuk seorang pemandu kereta yang meletakkan kenderaan di kawasan parkir miliknya di Taman Melati di sini.

Dalam kejadian jam 8.30 malam kelmarin, mangsa dikatakan berada di dalam kereta sementara menunggu rakannya yang tinggal di pangsapuri itu.

Sumber polis berkata, mangsa yang berusia 40 tahun mendakwa suspek mengetuk tingkap keretanya berulang kali.

Menurutnya, suspek yang berusia 60-an bertanya mengapa mangsa meletakkan kenderaan di parkir miliknya.

“Mangsa yang cuba memberi penjelasan sebaliknya ditumbuk sebanyak dua kali di muka selain dihambur kata-kata kesat.

“Suspek cuba menumbuk mangsa sekali lagi namun dia berjaya lari menyelamatkan diri. Ekoran kejadian itu mangsa terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

http://www.hmetro.com.my/node/8484
 
lain kali kalau nak lantik ketua blok, jgn ambik org mcm tu. pilih yg jenis suka andam mengandam, susun2 bunga..baru la blok aman
 
Ye ke citer nih??

Macam nak sorok salah sendiri je..
 
cam tak brapa betul je... dulu masa ambe memula sewa umah flat ... slalu parking kat tempat tak leh parking... then ketua blok datang... elok je dia cakap. tak leh parking. ambe pun tak parking dh. tak de rasanya nak pukul tumbuk bagai.

rasanya mangsa ni berkeras gak tak mo blah dari tapak parking tu. pas tu cakap kurang ajar. kalo cam tu.. memang itu la makanan dia.
 
rasanya ketua blok nak masuk parking... hon2 bnyk kali mamat tu wat dek... tu yg angin satu badan tu... dah masuk tmpt org buat la cara baik... klau masuk kg org wat mcm samseng mmg mkn penumbuk ler
 
biasa la tu pasal parking...yang siap calar pancit tayar keter pun ader
 
Kat cg ni selalu aku baca orang suka post yg ayat dia lebih kurang mcm ni,
"Apabila org fasik menyampaikan berita, maka selidik lah dahulu"

Hmetro nye berita bagi aku ala2 org fasik gak.. So kena berhati2 utk percaya hmetro..

Baca boleh percaya jgn..
 
Back
Top
Log in Register