combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
SIBU, 8 Feb -– Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing (tengah) menyaksikan penyerahan notis dan sijil pelantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong serta DUN Bawang Assan oleh Residen Bahagian Sibu Abang Mohamad Porkan Abang Budiman kepada salah seorang penerima, di sini hari ini.
Seramai 83 KMKK dari kedua-dua DUN berkenaan menerima notis dan sijil pelantikan masing-masing.
-–fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Ketua masyarakat dan ketua kaum perlu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah serta memberi perkhidmatan kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang politik, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Dudong Datuk Seri Tiong King Sing.
Tiong yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata pelantikan sebagai ketua masyarakat bukan sekadar jawatan, sebaliknya satu amanah besar yang menuntut komitmen, integriti dan kesediaan membantu rakyat terutama ketika menghadapi kesusahan.
“Apabila sudah diberi kepercayaan memegang jawatan, jalankan tugas dengan sebaiknya.
“Jangan pegang jawatan tetapi tidak menjalankan tanggungjawab,” katanya berucap pada Majlis Penyampaian Notis dan Sijil Pelantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong dan DUN Bawang Assan di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk menukar mana-mana ketua masyarakat sekiranya didapati gagal menjalankan tugas atau tidak lagi mendapat keyakinan masyarakat.
Tiong berkata ketua masyarakat juga tidak seharusnya terlalu aktif dalam politik kepartian sehingga menjejaskan peranan mereka sebagai wakil kerajaan di peringkat akar umbi.
“Sebagai ketua masyarakat, kita mesti berlaku adil dan memberi perkhidmatan kepada semua tanpa mengira parti. Undang-undang kerajaan negeri jelas dalam perkara ini,” katanya.
Beliau turut mengingatkan golongan itu supaya setiap isu yang timbul di peringkat komuniti ditangani secara berhemah dan jika perlu, dirujuk kepada pejabat daerah atau pihak pentadbiran bagi memastikan keputusan yang dibuat adil kepada semua pihak.
Selain itu, Tiong menggesa semua pihak menghormati keputusan jawatankuasa pemilihan KMKK serta tidak mempertikaikan proses pelantikan yang telah ditetapkan.
Ketua Masyarakat, Ketua Kaum Perlu Laksana Tanggungjawab Dengan Amanah - Tiong
Tiong King Sing, ketua masyarakat, ketua kaum, tan