BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ketua Jabatan Perlu Pastikan Petugas Laksana BDR Patuh Peraturan, Capai KPI - KSN

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
df94c1ecefa4c5b00122b02557d42d7769cf3b0fd9991

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyampaikan ucapan pada Majlis Jelajah Taat Setia MADANI Peringkat Negeri Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 hari ini.

Ketua Jabatan perlu memastikan setiap petugas yang ingin melaksanakan dasar bekerja dari rumah (BDR) mematuhi peraturan dan tatacara yang ditentukan selain memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan.

Ketua Setiausaha Negara Shamsul Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata langkah itu selaras dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) di bawah Teras 2: Pembangunan Modal Insan, yang menekankan peningkatan produktiviti.

“Sebagai respons terhadap tekanan ekonomi dan keperluan semasa, kerajaan melalui Jemaah Menteri pada 1 April lepas telah bersetuju agar dasar BDR dilaksanakan bermula 15 April ini namun, jangan salah faham.

“BDR bukan bermaksud ‘Baring Duduk Rehat’ atau ‘Beli-belah Di pasar Raya’. Ia mesti mengikut peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan. Output dan produktiviti mesti sama, malah kalau boleh lebih baik daripada kerja di pejabat,” katanya berucap pada Majlis Jelajah Taat Setia MADANI Peringkat Negeri Selangor di sini hari ini.

Shamsul Azri turut menegaskan bahawa penjawat awam perlu menunjukkan teladan kepada rakyat dengan bukan sahaja melaksanakan arahan, tetapi juga memacu pelaksanaan secara bijaksana.

Selaras dengan amanat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau menyeru agar budaya berjimat cermat terus diamalkan secara bersungguh-sungguh di setiap jabatan.

“Di pejabat, sekiranya lampu dan kipas tidak digunakan, matikan. Penggunaan penyaman udara perlu diselaraskan pada suhu yang sesuai. Mesyuarat juga boleh dijalankan secara dalam talian bagi mengurangkan kos perjalanan dan penggunaan kertas.

“Elakkan pembaziran dan jika tiada keperluan mendesak, elakkan pembelian aset mewah untuk kegunaan pejabat kecuali atas faktor keselamatan atau kepentingan awam,” katanya sambil memaklumkan kerajaan mengambil langkah mengurangkan lawatan rasmi ke luar negara bagi meminimumkan kos, selaras dengan keputusan semasa.

Beliau menjelaskan keputusan untuk tidak mengadakan sambutan Aidilfitri di peringkat kebangsaan mahupun negeri bukan bertujuan mengurangkan kemeriahan, tetapi bagi menggalakkan semangat kesederhanaan dan kebersamaan, di samping menghormati nasib rakyat yang kurang bernasib baik termasuk di Gaza.

 
Back
Top
Log in Register