combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Tiada Isu Gagal Laksana Tugas Ketika BDRr Jika Capai KPI - KSN
--kredit FB Shamsul Azri bin Abu Bakar
Sebarang isu seperti kegagalan penjawat awam melaksanakan tugas apabila memilih bekerja dari rumah (BDR) tidak akan timbul jika mereka mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata ada KPI yang ditetapkan sebelum seseorang penjawat awam dibenarkan melaksanakan BDR.
"Sebelum diberikan kelulusan BDR, (petugas) perlu semak talian Internet sama ada baik atau tidak, tempat tinggal di mana dan ada KPI atau tidak.
"Itu tanggungjawab Ketua Jabatan, jadi yang bekerja ini tidak perlu risau... kesimpulannya mudah, semua Ketua Jabatan yang memberikan kelulusan BDR ini, beliau mesti bertanggungjawab atas kelulusan yang diberikan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Menaik Taraf Fasiliti Rekreasi dan Sukan di INTAN Leadership Development (iLEAD) Park serta Perasmian Dewan Al-Amin di INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA) di sini hari ini.
Shamsul Azri juga berkata Ketua Jabatan turut bertanggungjawab memantau semua penjawat awam yang berada di bawah seliaannya semasa BDR.
"Sebagai contoh, Ahmad kena siapkan 14 tugasan jadi sebelum 'clock out', kesemua tugasan itu perlu dihantar," katanya.
Menerusi pelaksanaan dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH), penjawat awam yang layak akan mengikuti norma kerja baharu yang menyaksikan mereka akan mula bekerja tiga hari di pejabat dan dua hari BDR setiap minggu, bermula 1 Ogos.
Sementara itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata tiada aduan diterima berkaitan penggunaan sistem SPOT-Me setakat ini.
Loading…
www.bernama.com