sonche
Super Active Member
- Messages
- 8,370
Paid Membership
- Joined
- Nov 22, 2006
- Messages
- 8,370
- Reaction score
- 50
- Points
- 70
Salam semua,
Semalam hari paling suwey dalam hidup aku. Tuhan nak uji aku rasanya. Tujuan aku bukak thread ni nak share story/pengalaman aku semalam. At least orang lain boleh rujuk thread ni kalau kena benda yang sama.
Dekat setahun dah aku duk Bandar Baru Uda, semalam la first time aku gi pasar malam kat Jalan Bali. Park keta area orang lain parking sama, tepi jalan, cerah (ada lampu jalan), orang pun lalu lalang nak gi pasar malam.
Lepas je membeli belah
aku kembali ke keta aku, alangkah terkejut tengok cermin passenger depan kena pecah. Yang hilang hanya beg pakaian tunang aku, dia letak bawah seat. Alhamdulillah, DVD Player, dll tak hilang. Ni mesti keje mat drug, cilaka punya manusia, memang aku sumpah tak tenang sampai bila2.
Itu baru 50% daripada masalah aku. 50% lagi masalah, sebab nak kena tukar cermin. Keta aku Naza Citra, xleh nak tido semalaman duk fikir berapa la aku kena charge nanti untuk pasang cermin baru.
Pagi ni, aku call Pusat Servis Naza Kia JB, Pusat Servis Naza Kia Selayang dan authorized service center di Kelantan. Semua sekali tak tau berapa kos aku kena charge, semua janji nak call balik. Hampeh. Maybe semua tengah terkejut Tan Sri Nasimuddin meninggal dunia semalam (Al-Fatihah).
Aku bantai je call kebanyakan nombor authorized service center kat buku servis, semua jawapan yang sama, "Kami akan call balik".
Last2 ada satu pusat servis yang bagus. Yong Ming Auto Services, Jalan Abdullah Tahir, JB. Service Advisor dia nama William. Terus dia boleh bgtau harga cermin termasuk ko pasang.
Cermin local, around rm200. Cermin original rm490 termasuk kos pasang. So, aku cakap la nak pasang yang local. Sampai je kat Yong Ming tu, William tu cakap yang local takde, ada yang ori je. Kebetulan time aku drive nak gi kedai tu, pusat servis lain call bgtau kos, semua hanya yang ori. Cost RM546.30. Kecuali Sri Baru Fast Automobil, Kota Bharu je mahal sikit, RM586.30.
So, aku fikir2 takpela, at least kat Yong Ming RM490 je. Sambil2 tu kepala dah pening, duit ada rm300 je.
Last2 aku teringat iklan Citibank. Hehehe. Kebetulan aku ada Citibank Shell gold card, aku call la customer service, mintak increase temporary credit limit, RM500 je aku mintak. Dekat 10 minit tunggu pengesahan, minah tu cakap Isnin je boleh approve. Aku pun bgtau kensel la kalau Isnin, aku nak guna hari ni.
5 minit lepas tu, Citibank call lagi, bgtau dah approve dah increase credit limit aku. Yeay! lega betul. Skang semua masalah dah settle.
Harap2 semua kat sini berhati2 kalau park keta, kalau boleh keta biar kosong. Malaun2 ni takleh nampak beg/plastik nanti dia pecah keta kalau ada peluang.
Wassalam