BTC USD 81,467.7 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes terjumpa harimau

14320328886695949-426997.jpg

14320328886695949-426998.jpg

14320328886695949-426999.jpg

14320328886695949-427000.jpg

14320328886695949-427001.jpg

14320328886695949-427002.jpg

14320328886695949-427003.jpg

14320328886695949-427004.jpg

14320328886695949-427005.jpg


Lelaki maut dibaham harimau ketika cari rotan

SUNGAI SIPUT – Seorang lelaki maut dipercayai diserang harimau belang ketika mencari rotan di kawasan hutan berhampiran Kampung Takung, Pos Perwor di sini pada Isnin.

Mangsa, Zamberi Angah, 42, yang merupakan Orang Asli ditemukan tidak bernyawa di kawasan rumpun buluh berhampiran jalan balak kira-kira 200 meter dari lokasi dipercayai berlakunya serangan.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama seorang rakannya masuk ke kawasan hutan dalam Hutan Simpan Korbu untuk mencari rotan.

Difahamkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menerima aduan mengenai kejadian itu kira-kira jam 4.30 petang sebelum anggota Unit Konservasi Hidupan Liar (UKHM) bersama kakitangan Perhilitan Sungai Siput bergegas ke lokasi.

Operasi pencarian bersama bermula kira-kira jam 6.30 petang dengan disertai anggota polis Balai Polis Lintang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), RELA, kira-kira 30 penduduk kampung serta pekerja balak.

Mangsa kemudian ditemukan kira-kira jam 6.58 petang di kawasan rumpun buluh berhampiran jalan balak.

Pemeriksaan di lokasi turut menemukan kesan gigitan pada tengkuk mangsa serta kesan makan pada bahagian lutut kanan sehingga paras pinggang.

Selain itu, kesan pergelutan, seretan, darah mangsa, tapak kaki harimau belang serta serpihan seluar dan stoking turut ditemukan di kawasan berkenaan.

Jarak antara lokasi dipercayai berlaku serangan dengan tempat mayat mangsa ditemukan dianggarkan kira-kira 200 meter.

Perkara itu turut dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang merangkap Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Menurutnya, kejadian berkenaan amat memilukan dan meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga serta masyarakat setempat.

"Allahyarham diserang harimau belang ketika mencari rotan di kawasan hutan bersama seorang rakannya.

"Saya bersama isteri turut meluangkan masa menziarahi keluarga Allahyarham bagi menyampaikan ucapan takziah serta menghulurkan sedikit sumbangan bagi membantu meringankan beban keluarga," katanya.

Beliau berkata, pihak Perhilitan akan membantu waris mendapatkan Bantuan Mangsa Serangan Hidupan Liar selain memberikan khidmat nasihat keselamatan kepada penduduk.

"Perangkap harimau belang akan dipasang dalam masa terdekat dan saya berharap tindakan pemantauan serta kawalan dapat dilaksanakan segera demi menjamin keselamatan penduduk, khususnya masyarakat Orang Asli yang bergantung kepada hasil hutan untuk meneruskan kehidupan," katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai turut supaya tidak memasuki kawasan berkenaan buat sementara waktu, sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
 


Detik cemas keluarga terserempak harimau di Simpang Tenggaroh


JOHOR BAHRU: Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila terserempak dengan seekor harimau ketika menggunakan jambatan berhampiran Simpang Tenggaroh (laluan antara Kota Tinggi ke Mersing), di sini.

Kejadian dipercayai berlaku ketika keluarga berkenaan berada di dalam kereta dan video berkenaan tular di media sosial Facebook (FB), semalam.

Bagaimanapun, harimau itu tidak mengancam keselamatan keluarga berkenaan dan bergerak ke arah kawasan belukar.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor, Mohd Firrdhaus Mahmood, berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima aduan rasmi berkaitan penemuan haiwan terbabit selain daripada maklumat diperoleh menerusi FB.

"Unit Konservasi Harimau Malaya (UKHM) akan menjalankan siasatan berkaitan perkara ini," katanya dihubungi, hari ini.

Menerusi ruangan komen berkaitan kejadian, seorang individu turut mengakui pernah terserempak dengan haiwan itu pada Jun lalu ketika memancing ikan di lokasi berkenaan.

"Sebenarnya ada dua harimau, ia berenang melintas ke sebelah hutan.

"Saya tidak mendedahkan perkara itu kerana khuatir ada pemburu memasuki kawasan itu bagi memburu harimau, spesies itu adalah khazanah negara," katanya.

Selain itu, penduduk Tenggaroh menyatakan, pihak berkuasa seharusnya mengendalikan situasi ini dengan baik demi keselamatan ramai, selain bagi memastikan haiwan itu tidak pupus.

"Kita tidak seharusnya mendekati atau mengejar hidupan liar itu kerana ia boleh membahayakan nyawa," katanya.

Pada 9 Oktober lalu, media melaporkan kelibat harimau di Ladang Aramijaya di Jemaluang, di sini.

Kawasan berkenaan terletak bersebelahan dengan hutan Ulu Sedili dan lokasi berkenaan antara kawasan rayau haiwan berkenaan.

Jarak antara Jemaluang dan Simpang Tenggaroh adalah kira-kira 35 kilometer.

Artikel Berita Harian
 
Back
Top
Log in Register