BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes terjumpa harimau

Video tular harimau belang: Perhilitan lakukan siasatan di lokasi - Exco


KLUANG – Sebuah rakaman video yang tular memaparkan seekor harimau belang muncul di semak berhampiran Kampung Rahmat, Sri Lalang di sini mencetuskan kebimbangan penduduk.

Dalam video berdurasi satu minit 36 saat itu, harimau tersebut dilihat bergerak perlahan di celah semak.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara ( Perhilitan) Johor telah menerima laporan berhubung insiden itu.

Jelas beliau, anggota dan pegawai Perhilitan sudah bergerak ke lokasi untuk membuat siasatan.

“Bagi mereka yang ternampak hidupan liar, jangan cuba mendekati atau mengganggu haiwan tersebut kerana ia boleh membahayakan diri.

"Sila kekal menjauhi kawasan berkenaan dan buat laporan segera kepada polis atau Perhilitan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Rakaman video itu juga menimbulkan pelbagai reaksi di media sosial, dengan ramai pengguna berkongsi rasa terkejut dan cemas.

Rata-rata mereka berharap pihak berkuasa cepat ambil tindakan kerana bahaya untuk penduduk selain meminta mereka yang laluan di situ lebih berhati-hati.

Artikel : Sinar Harian

 
Penduduk gempar harimau baham lembu, kambing


KLUANG – Penduduk di Kampung Rahmat di sini gempar selepas dua bangkai lembu dan bangkai seekor kambing ditemui selepas dibaham harimau di Kampung Rahmat di sini semalam dan kelmarin.

Ketua Kampung Rahmat, Salim Darman berkata, penemuan bangkai lembu pada semalam dan kambing kelmarin amat mengejutkan kerana secara kebiasaannya semua haiwan ternakan itu berada tidak jauh dari kawasan rumah atau kandang.

“Penduduk yakin harimau yang ditemui pada Ahad lalu masih berada dalam kawasan hutan kecil di kampung itu kerana kematian lembu berkenaan dijangka berlaku antara satu hingga dua hari lalu.

“Susulan daripada penemuan bangkai ternakan ini, penduduk yakin harimau berkenaan akan datang lagi dalam tempoh terdekat apatah lagi masih banyak sisa tinggalan daripada lembu yang masih belum dimakannya,” katanya ketika ditemui.

Susulan itu, katanya, penduduk kampung mengharapkan pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dapat melakukan tindakan lebih drastik lagi bagi mengesan kedudukan Pak Belang itu.

“Apa yang membimbangkan adalah sekiranya serangan berlaku ke atas penduduk di kampung ini kerana ia dikhuatiri berada terlalu hampir dengan penempatan penduduk,” katanya.


Terdahulu portal ini melaporkan seorang pekebun bersama ayahnya serta seorang anggota polis terserempak dengan seekor harimau belang ketika dalam perjalanan pulang dari kebun.

Penemuan binatang pemangsa itu amat mengejutkan kerana belum pernah berlaku selain kedudukan Kampung Rahmat yang jauh dari hutan tebal selain berada di tengah-tengah kependudukan di daerah ini.

Artikel : MalaysiaGazette



14185960857561781-380430.jpg
 
14196968227158973-385189.jpg

14196968227158973-385190.jpg

14196968227158973-385191.jpg

14196968227158973-385192.jpg

14196968227158973-385193.jpg

14196968227158973-385194.jpg

14196968227158973-385195.jpg


KEHADIRAN HARIMAU MALAYA DI KLUANG 🐅🌿








⚠️ Nasihat kepada penduduk:
Jabatan PERHILITAN Negeri Johor menasihatkan penduduk di kawasan terlibat supaya sentiasa berwaspada ketika menjalankan aktiviti harian serta mengelakkan berada bersendirian di kawasan hutan atau ladang, khususnya pada waktu awal pagi dan lewat petang.

🐅 Lindungi hidupan liar, utamakan keselamatan komuniti.

Sumber Perhilitan Semenanjung malaysia
 
14204188398181525-387923.jpg

14204188398181525-387924.jpg


Kesan Jejak Harimau Ditemui!



Pasukan tersebut dijadualkan ke lokasi esok untuk memasang kamera pemantauan dan merancang tindakan seterusnya.

Orang ramai yang berada atau beraktiviti berhampiran kawasan tersebut dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada. Jika ternampak sebarang tanda kehadiran harimau, segera beredar dari kawasan tersebut dan laporkan kepada balai polis atau Jabatan Perlindungan Hidupan Liar.

#YakiniYongPeng
#ExcoKesihatandanAlamSekitarNegeriJohor
#MajuJohor
 


Awas harimau belang merayau di JRBT

BERNAMA

Ipoh: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung dakwaan kemunculan seekor harimau yang dikatakan berkeliaran di Jalan Raya Timur–Barat (JRTB) berhampiran Bukit Jala, Pulau Banding, seperti yang tular di media sosial.

Pengarah Perhilitan Perak Mohd Taufik Abdul Rahman berkata, setakat hari ini, pihaknya tidak menerima aduan atau maklumat sahih daripada orang awam berkaitan kejadian berkenaan.

Beliau berkata meskipun tiada laporan diterima, pihaknya sudah mengambil langkah proaktif dengan menggerakkan anggota ke lokasi yang dimaksudkan bagi menjalankan siasatan dan pemantauan susulan selepas video berkenaan menjadi tular.

"Kita telah menjalankan siasatan di lapangan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan mendapat gambaran sebenar situasi.

"Laluan JRTB sememangnya dikenal pasti sebagai kawasan habitat semula jadi hidupan liar, selain menjadi laluan lintasan utama bagi pelbagai spesies termasuk harimau, gajah dan tapir yang bergerak di antara Hutan Simpan Amanjaya dengan Hutan Simpan Temenggor," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Taufik juga menasihati orang ramai, khususnya pengguna JRTB agar sentiasa berwaspada ketika melalui kawasan berkenaan, terutama pada waktu malam atau awal pagi yang merupakan waktu aktif bagi hidupan liar.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan memperlahankan kenderaan, tidak membunyikan hon secara berlebihan serta mengelakkan daripada berhenti atau keluar dari kenderaan sekiranya terserempak dengan hidupan liar.

"Orang awam juga diminta untuk tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan kekeliruan serta kebimbangan dalam kalangan masyarakat," katanya yang turut menggalakkan orang ramai segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai maklumat kehadiran hidupan liar di kawasan tersebut, bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil dengan segera.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 17 saat di media sosial TikTok Fazel JRTB, memaparkan seekor haiwan liar yang dipercayai harimau melintas jalan dalam suasana gelap, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya.


Artikel : Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register