BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes terjumpa harimau

14126257375189613-353783.jpg

14126257375189613-353784.jpg

14126257375189613-353785.jpg

14126257375189613-353786.jpg

#KEPIMPINAN

KES MENANGKAP HAIWAN LIAR: HARIMAU DAHAN DITANGKAP BERHAMPIRAN KEDIAMAN PENDUDUK DI KUALA KRAI

Menurut kenyataan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Krai, Kapt. (PA) Abd Fatah bin Abd Aziz, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 pada jam 12.27 tengah malam berhubung kehadiran haiwan liar berbahaya di kawasan berhampiran Masjid Bechah Salak. Susulan itu, seramai empat anggota APM pelbagai pangkat telah dikerahkan ke lokasi pada jam 12.33 tengah malam.

Setibanya di lokasi, hasil pemantauan mendapati seekor harimau dahan berada di dalam reban itik serati berhampiran sebuah rumah penduduk. Pasukan APM seterusnya melaksanakan operasi tangkapan menggunakan peralatan penjerut, yang mengambil masa kira-kira sembilan minit dan berjaya diselesaikan dengan selamat serta terkawal.

Haiwan liar tersebut kemudiannya dimasukkan ke dalam sangkar sementara sebelum dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kuala Krai dan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Kuala Krai

Sumber APM Kuala Krai
 
Harimau belang dikesan masih berkeliaran di Hulu Tembeling

JERANTUT: Harimau belang yang sebelum ini dilaporkan berkeliaran di Hulu Tembeling, di sini masih dikesan penduduk di kawasan berkenaan sekali gus mengundang ketakutan kepada mereka.

Kelibat terbaru harimau itu dilihat berada
di tepi jalan utama ke Kampung Bantal, dekat Taman Negara, di sini, semalam.

Menurut penduduk, Mohamad Syazwi Rosli, 29, dia terserempak dengan haiwan berkenaan, jam 7 malam, ketika dalam perjalanan pulang dari Kuala Tahan ke Kampung Bantal.

Katanya, ketika memandu di jalan itu dia terserempak harimau terbabit berada di kanan jalan dan segera memberhentikan kenderaan.

"Sebaik memberhentikan kereta, harimau itu melintas jalan di depan saya dan memanjat tebing bukit di kiri jalan.

"Saya bertindak merakam video gelagat harimau itu dan lebih mengejutkan haiwan itu duduk di atas tebing bukit berhampiran lokasi saya memberhentikan kenderaan," katanya ketika dihubungi.

Mohamad Syazwi berkata, kehadiran harimau itu menyebabkan penduduk di beberapa kampung di Hulu Tembeling ketakutan dan ramai penoreh tidak berani ke kebun getah disebabkan lokasi haiwan itu sering berkeliaran.

Menurutnya, mereka membabitkan penduduk Kampung Membatu, Kampung Seberang Bantal, Kampung Terus, Kampung Machang Perah, Kampung Semena dan Kampung Mat Daling.

Katanya, penduduk sudah melaporkan penemuan mamalia itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sejak November lalu.

"Kami berharap pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera menyelesaikan ancaman harimau itu sebelum berlaku kejadian tidak diingini.

"Sehingga kini, haiwan itu sudah membaham dua lembu dan menyerang seekor kerbau.

"Sejak harimau itu dikesan di Hulu Tembeling, penoreh takut ke kebun dan keadaan itu menjejaskan pendapatan kami," katanya.

Pada 22 November lalu, tular di media sosial video seekor harimau berkeliaran di jalan menghala Kampung Membatu, di sini dan disusuli penemuan kedua pada 8 Disember lalu, juga di lokasi sama.

Manakala 27 Disember lalu, seekor lembu betina bunting mati dibaham haiwan buas itu.

Pengarah PERHILITAN Pahang, Rozidan Md Yasin, sebelum ini mengesahkan kewujudan harimau di Hulu Tembeling.

#beritaharian
 
Sekor rimau muncul, habis kecoh sekampung sedaerah tak kuar rumah. Nyawo lbh utama, waspadalah anak2 kuar main ptg2 dlm kmpung
 
Dakwaan ngauman harimau kedengaran di Proton City, PERHILITAN hantar petugas pantau

BERNAMA

IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak menjalankan siasatan berhubung laporan orang ramai terdengar ngauman harimau berdekatan Taman Rekreasi Ujana Muallim, Proton City, dekat Tanjong Malim.

Pengarahnya, Yusoff Shariff, berkata setakat ini pihaknya masih belum menerima laporan rasmi, namun sudah menghantar petugasnya untuk menjalankan siasatan lanjut.

Beliau berkata, siasatan dilakukan berikutan tular satu video di platform media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp yang memaparkan bunyi ngauman harimau.

"Setakat ini, kami hanya menerima laporan berhubung dakwaan orang ramai terdengar bunyi ngauman harimau melalui aplikasi kumpulan WhatsApp.

"PERHILITAN sudah menghantar petugas untuk menyiasat perkara itu dan mereka akan ke lokasi untuk pemantauan serta tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu dalam rakaman video yang tular di media sosial berdurasi 15 saat itu, kedengaran ngauman seperti harimau yang didakwa berhampiran hutan berdekatan sebuah sekolah menengah dan kawasan perumahan di Proton City.

Artikel : Berita Harian
 
kenapa bunyi pelik...bunyi sebelah cameraman je
 
Video tular ngauman harimau di Proton City palsu, PERHILITAN beri amaran

BERNAMA

IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak mendapati tiada sebarang jejak harimau dikesan di kawasan perumahan Proton City, Tanjong Malim selepas melakukan siasatan susulan penularan rakaman video mengenai ngauman harimau di kawasan berkenaan.

Pengarah PERHILITAN Perak, Yusoff Shariff berkata laporan daripada kakitangan yang menjalankan siasatan di lokasi berkenaan mendapati dakwaan seperti dalam video itu tidak berasas.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran akan membuat laporan polis sekiranya terdapat individu yang tidak bertanggunggjawab memuat naik video palsu mendakwa kehadiran haiwan liar terutama di kawasan berpenduduk.

"Perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku dan ia bukan sesuatu yang boleh dijadikan sebagai bahan jenaka kerana tindakan tersebut bukan hanya menimbulkan kebimbangan awam malah mengganggu usaha pihak berkuasa dalam menangani isu hidupan liar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, tular di media sosial rakaman video berdurasi 15 saat yang memaparkan bunyi ngauman seperti harimau, didakwa di kawasan hutan berhampiran sebuah sekolah menengah dan kawasan perumahan di Proton City, Tanjong Malim.

Susulan itu, sepasukan kakitangan PERHILITAN dihantar ke lokasi untuk melakukan siasatan serta pemantauan.

Sementara itu, Yusoff meminta orang ramai untuk mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi sebelum berkongsi sebarang kandungan berkaitan hidupan liar di platform media sosial.

– BERNAMA

#beritaharian
 
812e0e07adb896a8fabdcbfc1da9b5bb69639a4bbe5a5

077841873f87efcaed4d587e5c3b123f69639a6a373fb

Yob Kinding

Seekor harimau belang jantan yang digelar “Yob Kinding” berjaya ditangkap, selepas memasuki perangkap yang dipasang di sebuah kebun durian berhampiran Bukit Kinding, Chemor, hari ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff berkata haiwan pemangsa seberat kira-kira 70 kilogram itu, didapati memasuki perangkap oleh enam anggota Perhilitan yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan kira-kira 1 tengah hari tadi.

“Pihak kami menerima laporan daripada Balai Polis Tanjung Rambutan pada pukul 8 malam semalam, selepas mereka (polis) menerima aduan daripada penduduk di Bukit Kinding yang menemukan kesan tapak kaki serta terdengar ngauman harimau di sebuah kebun durian milik persendirian.

“Hasil daripada maklumat berkenaan, pasukan kami telah melakukan rondaan dan mendapati seekor harimau belang jantan telah memasuki perangkap yang telah sedia dipasang di kawasan itu sebelum ini,” katanya ketika ditemui Bernama di Pejabat Perhilitan Daerah Sungai Siput, di sini, hari ini.

Yusoff berkata pemeriksaan yang dilakukan di Pejabat Perhilitan Daerah Sungai Siput mendapati, mamalia tersebut berada dalam keadaan sihat serta tiada sebarang kecederaan pada mana-mana anggota badannya.

“Harimau ini akan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai dalam masa terdekat, untuk rawatan susulan,” katanya.

Selain itu, beliau menafikan harimau berkenaan merupakan pemangsa sama yang berkeliaran dan membaham haiwan ternakan penduduk di sekitar Bukit Bangkong sejak 5 Dis.

“Saya rasa yang berjaya ditangkap ini adalah anak kepada harimau belang yang berkeliaran di Bukit Bangkong sebelum ini. Kita percaya yang berkeliaran di Bukit Bangkong itu ialah ibu kepada harimau ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan penduduk sekitar Bukit Bangkong supaya terus berhati-hati dan mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti di kawasan rekreasi tersebut.

Back
Top
Log in Register