hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,254
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 26,254
- Reaction score
- 1,661
- Points
- 201
#KEPIMPINAN
KES MENANGKAP HAIWAN LIAR: HARIMAU DAHAN DITANGKAP BERHAMPIRAN KEDIAMAN PENDUDUK DI KUALA KRAI
Menurut kenyataan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Krai, Kapt. (PA) Abd Fatah bin Abd Aziz, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 pada jam 12.27 tengah malam berhubung kehadiran haiwan liar berbahaya di kawasan berhampiran Masjid Bechah Salak. Susulan itu, seramai empat anggota APM pelbagai pangkat telah dikerahkan ke lokasi pada jam 12.33 tengah malam.
Setibanya di lokasi, hasil pemantauan mendapati seekor harimau dahan berada di dalam reban itik serati berhampiran sebuah rumah penduduk. Pasukan APM seterusnya melaksanakan operasi tangkapan menggunakan peralatan penjerut, yang mengambil masa kira-kira sembilan minit dan berjaya diselesaikan dengan selamat serta terkawal.
Haiwan liar tersebut kemudiannya dimasukkan ke dalam sangkar sementara sebelum dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kuala Krai dan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut.
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Kuala Krai
Sumber APM Kuala Krai