BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes terjumpa harimau

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
991020.jpg


LENGGONG - Seekor harimau dahan yang dikesan berkeliaran di kawasan perumahan Taman Kota, Kampung Lahar di sini awal pagi Khamis berkemungkinan sesat ketika mencari makanan.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, kehadiran haiwan sekitar jam 2 pagi itu dimaklumkan oleh penduduk, namun setakat ini tiada sebarang insiden serangan atau kecederaan dilaporkan berlaku.

Menurutnya, kemungkinan haiwan itu tersesat ketika mencari makanan atau berlaku gangguan pada habitat asal hingga terpisah dengan pasangan.

"Tindakan segera telah diambil dengan memasang satu perangkap di kawasan perumahan itu bertujuan menangkap haiwan berkenaan.

"Setakat ini, tiada tangkapan berhasil, kita berharap haiwan itu masuk semula ke kawasan hutan, namun bagi tujuan keselamatan Perhilitan akan terus memantau kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau meminta kerjasama orang ramai agar tidak cuba untuk menangkap harimau itu sekiranya terserempak.

"Jika terjumpa ia terperangkap atau mengancam keselamatan harta benda dan ternakan, mohon hubungi Jabatan Perhilitan dengan segera," katanya.

Rakaman video kehadiran harimau itu tular di media sosial menunjukkan haiwan terbabit berada di hadapan pagar sebuah rumah dan sedang menghidu sesuatu seolah-olah kelaparan mencari makanan.


== sinar harian
 
harimau ni saiz dia same besar dgn anjing je kan
 
14058780186642365-321514.jpg

14058780186642365-321515.jpg

14058780186642365-321516.jpg

14058780186642365-321517.jpg

14058780186642365-321518.jpg

14058780186642365-321519.jpg


Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kuala Lumpur telah menerima satu kes harimau di Taman Sri Gombak Height pada 8 September 2025 jam 1.04 pagi.

Sepasukan penyelamat daripada Pusat Kawalan Operasi Daerah Kuala Lumpur telah dikerahkan ke lokasi untuk beri bantuan.

Sampai dilokasi didapati benar seekor harimau dahan atau kucing dahan.

Pasukan telah menangkap dan menyelamat haiwan tersebut untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.

Apm Kuala Lumpur
 


Harimau belang berkeliaran, 300 penduduk bimbang keselamatan



JERANTUT: Lebih 300 penduduk di enam kampung di Hulu Tembeling, di sini, bimbang kerana sering terserempak harimau belang berkeliaran di kawasan berkenaan sejak seminggu lalu.

Kehadiran terbaru pemangsa itu dikesan penduduk di Kampung Membatu, kira-kira jam 7 pagi hari ini, dan sempat merakam video haiwan terbabit.

Penduduk Kampung Membatu, Rosdi Rashid, 51, berkata, harimau itu ditemukan ketika penduduk melalui jalan menghubungkan kampung berkenaan dengan Kampung Mat Daling dan jalan utama ke bandar Jerantut.

Menurutnya, jarak harimau itu dengan rumah penduduk kira-kira 100 meter dan haiwan itu berjalan di laluan sering digunakan orang ramai.

“Itu bukan kali pertama penduduk terserempak harimau dan haiwan itu sudah dikesan di kawasan perkampungan ini sejak lebih seminggu lalu.

“Haiwan itu nampak seolah-olah tidak takut dengan manusia kerana tidak lari ketika terserempak dengan penduduk,” katanya ketika dihubungi.

Lima kampung lain berhampiran Kampung Membatu ialah Kampung Seberang Bantal, Kampung Terus, Kampung Machang Perah, Kampung Semena dan Kampung Mat Daling.

Rosdi berkata, berdasarkan saiz haiwan itu dianggarkan seberat antara 80 dan 100 kilogram tetapi penduduk tidak dapat memastikan jantinanya.

“Sejak haiwan itu dikesan, kami bimbang dengan keselamatan penduduk tetapi hingga kini tiada kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Menurutnya, penduduk sudah melaporkan penemuan harimau itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, untuk tindakan lanjut.

Artikel : Buletin Tv3
 

14111956769498749-346757.jpg

14111956769498749-346758.jpg

14111956769498749-346759.jpg

14111956769498749-346760.jpg

14111956769498749-346761.jpg

14111956769498749-346762.jpg

14111956769498749-346763.jpg


INSIDEN HARIMAU BELANG DI JALAN FELDA LEPANG NENERING

Malam ini saya berpeluang bersama pasukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Daerah Hulu Perak turun ke lokasi kejadian bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas serta maklumat lanjut berhubung situasi tersebut.

Hasil pemantauan di lokasi mendapati harimau berkenaan tidak lagi berada di kawasan kejadian dan dipercayai telah kembali memasuki hutan berhampiran. Walau bagaimanapun, haiwan tersebut dilaporkan berada dalam keadaan cedera, sangat agresif dan boleh mengancam keselamatan sesiapa sahaja.

Pihak PERHILITAN Daerah Hulu Perak, dengan bantuan Unit Harimau Negeri Perak, akan melaksanakan pemantauan khusus bagi memastikan keselamatan penduduk serta pengguna jalan raya.

Saya menyeru kepada warga Felda Nenering, masyarakat setempat dan pengguna lalu lintas agar mengelakkan berada di kawasan tersebut buat sementara waktu serta sentiasa berhati-hati ketika melalui laluan berkenaan.

Terima kasih diucapkan kepada pihak PERHILITAN atas tindakan pantas dan keprihatinan mereka dalam menangani insiden ini.

Sumber Amin Roslan

Perhilitan pantau insiden harimau belang dilanggar kenderaan di Jalan Felda Lepang Nenering

GERIK : Pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Daerah Hulu Perak, dengan bantuan Unit Harimau Negeri Perak melaksanakan pemantauan khusus bagi memastikan keselamatan penduduk serta pengguna jalan raya.

Ini susulan aduan berkenaan seekor harimau belang dilanggar sebuah kenderaan di Jalan Felda Lepang Nenering, Pengkalan Hulu malam semalam.

Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 7.33 malam berdasarkan rakaman daripada kamera papan pemuka yang tular di media sosial.

Perkara tersebut dikongsi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Mohamad Amin Roslan menerusi hantaran dalam laman Facebook beliau.

Menurut Mohamad Amin, beliau berpeluang bersama pasukan Perhilitan Daerah Hulu Perak turun ke lokasi kejadian bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas serta maklumat lanjut berhubung situasi tersebut.

Hasil pemantauan di lokasi mendapati, harimau berkenaan tidak lagi berada di kawasan kejadian dan dipercayai telah kembali memasuki hutan berhampiran.

Kata Mohamad Amin, bagaimanapun haiwan tersebut dilaporkan berada dalam keadaan cedera, sangat agresif dan boleh mengancam keselamatan sesiapa sahaja.

“Pihak Perhilitan Daerah Hulu Perak, dengan bantuan Unit Harimau Negeri Perak, akan melaksanakan pemantauan khusus bagi memastikan keselamatan penduduk serta pengguna jalan raya.

“Saya menyeru kepada warga Felda Nenering, masyarakat setempat dan pengguna lalu lintas agar mengelakkan berada di kawasan tersebut buat sementara waktu serta sentiasa berhati-hati ketika melalui laluan berkenaan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk setempat supaya berhati-hati dan pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada pihak Perhilitan atas tindakan pantas yang diambil.

Pada November tahun lalu, seekor harimau belang mati akibat dilanggar lori di KM67.1 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa.

Hasil siasatan mendapati harimau itu dilanggar lori yang sedang dalam perjalanan dari Gerik ke Jeli sekitar 5.30 pagi.

Video kejadian itu tular memaparkan bangkai harimau belang di atas jalan raya yang hanya tinggal kepala selepas dipercayai dilanggar lori, di samping video memaparkan bahagian badan bangkai haiwan itu yang hampir keseluruhan sudah tercabut bahagian kulitnya.

#Peraktastic
 
350924-350924.jpg


SERANGAN HARIMAU | Serangan harimau dipercayai menyebabkan dua ekor lembu ternakan mati di Bukit Bangkong, Tanah Hitam di Chemor, malam kelmarin sekali gus mendorong Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak meningkatkan kawalan pemantauan di kawasan berkenaan.

Sumber : Buletin TV3 #Beritaterkini #seranganharimau #lembu #BukitBangkong
 
e3ebaa23c8e42e55ae3d861c874864366933d9849f601

kredit Perhilitan Perak

Penduduk di Bukit Bangkong, Chemor dekat sini bimbang apabila dikejutkan dengan laporan serangan haiwan liar dipercayai harimau yang mengakibatkan dua ekor lembu ternakan mati dan lima ekor lagi hilang pada Jumaat lepas.

Pengerusi Persatuan Pengindahan Alam Sekitar Bukit Bangkong Lee Jun Man, 33, yang tinggal di kawasan itu juga berkata sepanjang hampir 30 tahun, penduduk tidak pernah menerima sebarang laporan atau kejadian orang ramai terlihat kelibat harimau.

"Kami amat terkejut dan takut apabila polis memaklumkan serangan terhadap ternakan di ladang berhampiran kerana belum pernah kejadian seumpama itu berlaku sebelum ini.

"Beberapa hari sebelum kejadian, ada penduduk yang mendakwa terdengar bunyi seperti ngauman haiwan liar, tetapi siasatan awal menunjukkan tiada bukti kukuh yang mengaitkan bunyi itu dengan harimau," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini.

Bagaimanapun, Lee menasihati penduduk supaya mengelakkan sebarang aktiviti di kawasan semak atau ladang secara bersendirian, terutamanya pada waktu senja atau malam, dan melaporkan sebarang petunjuk kehadiran hidupan liar kepada pihak berkuasa dengan segera.

Sementara itu, penternak lembu terbabit Abdul Rahman Sahul Hamid, 41, berkata dia menyedari tujuh ekor lembu hilang ketika dia tiba di kandang untuk melakukan rutin pemeriksaan pada petang Jumaat, selain ternakan lain dilihat seolah-olah ketakutan dan menjauhkan diri daripadanya.

"Selepas mencari di sekeliling ladang, saya terkejut apabila menjumpai seekor lembu mati di belakang ladang dengan kesan cakaran pada badan dan kecederaan pada tengkuk. Kemudian, saya terjumpa seekor lagi lembu telah mati pada jarak 200 meter dari kandang, lalu saya membuat laporan di Balai Polis Tanah Hitam," katanya.

Abdul Rahman berkata kejadian itu merupakan yang pertama melibatkan serangan harimau sejak mengusahakan penternakan lembu kira-kira lapan tahun lepas dan berharap pihak berkuasa segera mengambil tindakan sepatutnya.

Bernama yang berpeluang meninjau lokasi kejadian bersama dengan polis dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) hari ini menemukan kesan tapak kaki harimau yang baharu di sekitar kawasan itu.

 
14120881328125741-351285.jpg

14120881328125741-351286.jpg

14120881328125741-351287.jpg

14120881328125741-351288.jpg

14120881328125741-351289.jpg

14120881328125741-351290.jpg

14120881328125741-351291.jpg

14120881328125741-351292.jpg

14120881328125741-351293.jpg

14120881328125741-351294.jpg


#Perak Penduduk di Bukit Bangkong, Chemor bimbang apabila dikejutkan dengan laporan serangan haiwan liar dipercayai harimau yang mengakibatkan dua ekor lembu ternakan mati dan lima ekor lagi hilang pada Jumaat lepas.

Pengerusi Persatuan Pengindahan Alam Sekitar Bukit Bangkong Lee Jun Man, 33, yang tinggal di kawasan itu juga berkata sepanjang hampir 30 tahun, penduduk tidak pernah menerima sebarang laporan atau kejadian orang ramai terlihat kelibat harimau.

"Kami amat terkejut dan takut apabila polis memaklumkan serangan terhadap ternakan di ladang berhampiran kerana belum pernah kejadian seumpama itu berlaku sebelum ini.

"Beberapa hari sebelum kejadian, ada penduduk yang mendakwa terdengar bunyi seperti ngauman haiwan liar, tetapi siasatan awal menunjukkan tiada bukti kukuh yang mengaitkan bunyi itu dengan harimau," katanya kepada Bernama, hari ini.

Berita penuh di https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2499892

📸Farhan Najib | BERNAMA

Sumber Bernama News
 


Harimau kumbang serang ternakan di Felda Lasah akhirnya masuk perangkap


SUNGAI SIPUT – Kebimbangan penduduk Felda Lasah, di sini berhubung kemunculan haiwan liar yang dilaporkan berkeliaran dan menyerang ternakan reda apabila seekor harimau kumbang berjaya ditangkap, semalam.

Harimau kumbang betina dengan anggaran usia empat hingga lima tahun itu ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Seorang penternak, Aidil Hazwan Bokhari, 34, berkata, kemunculan harimau itu menimbulkan keresahan penduduk selepas ternakan mereka ditemukan mati dengan kesan serangan haiwan liar.

“Semalam pun semasa saya lepaskan lembu, saya perasan seekor anak lembu hilang dan tak lama lepas itu bangkainya dijumpai di ladang kelapa sawit dalam keadaan tidak sempurna.

“Selepas buat laporan, Perhilitan datang pasang perangkap dan bangkai anak lembu tersebut dijadikan umpan. Hasilnya, harimau kumbang itu masuk perangkap,” katanya, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

📹Orang awam
Sumber : Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register