BTC USD 82,808.0 Gold USD 4,188.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes terjumpa harimau

Video tular harimau belang: Perhilitan lakukan siasatan di lokasi - Exco


KLUANG – Sebuah rakaman video yang tular memaparkan seekor harimau belang muncul di semak berhampiran Kampung Rahmat, Sri Lalang di sini mencetuskan kebimbangan penduduk.

Dalam video berdurasi satu minit 36 saat itu, harimau tersebut dilihat bergerak perlahan di celah semak.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara ( Perhilitan) Johor telah menerima laporan berhubung insiden itu.

Jelas beliau, anggota dan pegawai Perhilitan sudah bergerak ke lokasi untuk membuat siasatan.

“Bagi mereka yang ternampak hidupan liar, jangan cuba mendekati atau mengganggu haiwan tersebut kerana ia boleh membahayakan diri.

"Sila kekal menjauhi kawasan berkenaan dan buat laporan segera kepada polis atau Perhilitan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Rakaman video itu juga menimbulkan pelbagai reaksi di media sosial, dengan ramai pengguna berkongsi rasa terkejut dan cemas.

Rata-rata mereka berharap pihak berkuasa cepat ambil tindakan kerana bahaya untuk penduduk selain meminta mereka yang laluan di situ lebih berhati-hati.

Artikel : Sinar Harian

 
Penduduk gempar harimau baham lembu, kambing


KLUANG – Penduduk di Kampung Rahmat di sini gempar selepas dua bangkai lembu dan bangkai seekor kambing ditemui selepas dibaham harimau di Kampung Rahmat di sini semalam dan kelmarin.

Ketua Kampung Rahmat, Salim Darman berkata, penemuan bangkai lembu pada semalam dan kambing kelmarin amat mengejutkan kerana secara kebiasaannya semua haiwan ternakan itu berada tidak jauh dari kawasan rumah atau kandang.

“Penduduk yakin harimau yang ditemui pada Ahad lalu masih berada dalam kawasan hutan kecil di kampung itu kerana kematian lembu berkenaan dijangka berlaku antara satu hingga dua hari lalu.

“Susulan daripada penemuan bangkai ternakan ini, penduduk yakin harimau berkenaan akan datang lagi dalam tempoh terdekat apatah lagi masih banyak sisa tinggalan daripada lembu yang masih belum dimakannya,” katanya ketika ditemui.

Susulan itu, katanya, penduduk kampung mengharapkan pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dapat melakukan tindakan lebih drastik lagi bagi mengesan kedudukan Pak Belang itu.

“Apa yang membimbangkan adalah sekiranya serangan berlaku ke atas penduduk di kampung ini kerana ia dikhuatiri berada terlalu hampir dengan penempatan penduduk,” katanya.


Terdahulu portal ini melaporkan seorang pekebun bersama ayahnya serta seorang anggota polis terserempak dengan seekor harimau belang ketika dalam perjalanan pulang dari kebun.

Penemuan binatang pemangsa itu amat mengejutkan kerana belum pernah berlaku selain kedudukan Kampung Rahmat yang jauh dari hutan tebal selain berada di tengah-tengah kependudukan di daerah ini.

Artikel : MalaysiaGazette



14185960857561781-380430.jpg
 
14196968227158973-385189.jpg

14196968227158973-385190.jpg

14196968227158973-385191.jpg

14196968227158973-385192.jpg

14196968227158973-385193.jpg

14196968227158973-385194.jpg

14196968227158973-385195.jpg


KEHADIRAN HARIMAU MALAYA DI KLUANG 🐅🌿








⚠️ Nasihat kepada penduduk:
Jabatan PERHILITAN Negeri Johor menasihatkan penduduk di kawasan terlibat supaya sentiasa berwaspada ketika menjalankan aktiviti harian serta mengelakkan berada bersendirian di kawasan hutan atau ladang, khususnya pada waktu awal pagi dan lewat petang.

🐅 Lindungi hidupan liar, utamakan keselamatan komuniti.

Sumber Perhilitan Semenanjung malaysia
 
14204188398181525-387923.jpg

14204188398181525-387924.jpg


Kesan Jejak Harimau Ditemui!



Pasukan tersebut dijadualkan ke lokasi esok untuk memasang kamera pemantauan dan merancang tindakan seterusnya.

Orang ramai yang berada atau beraktiviti berhampiran kawasan tersebut dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada. Jika ternampak sebarang tanda kehadiran harimau, segera beredar dari kawasan tersebut dan laporkan kepada balai polis atau Jabatan Perlindungan Hidupan Liar.

#YakiniYongPeng
#ExcoKesihatandanAlamSekitarNegeriJohor
#MajuJohor
 


Awas harimau belang merayau di JRBT

BERNAMA

Ipoh: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung dakwaan kemunculan seekor harimau yang dikatakan berkeliaran di Jalan Raya Timur–Barat (JRTB) berhampiran Bukit Jala, Pulau Banding, seperti yang tular di media sosial.

Pengarah Perhilitan Perak Mohd Taufik Abdul Rahman berkata, setakat hari ini, pihaknya tidak menerima aduan atau maklumat sahih daripada orang awam berkaitan kejadian berkenaan.

Beliau berkata meskipun tiada laporan diterima, pihaknya sudah mengambil langkah proaktif dengan menggerakkan anggota ke lokasi yang dimaksudkan bagi menjalankan siasatan dan pemantauan susulan selepas video berkenaan menjadi tular.

"Kita telah menjalankan siasatan di lapangan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan mendapat gambaran sebenar situasi.

"Laluan JRTB sememangnya dikenal pasti sebagai kawasan habitat semula jadi hidupan liar, selain menjadi laluan lintasan utama bagi pelbagai spesies termasuk harimau, gajah dan tapir yang bergerak di antara Hutan Simpan Amanjaya dengan Hutan Simpan Temenggor," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Taufik juga menasihati orang ramai, khususnya pengguna JRTB agar sentiasa berwaspada ketika melalui kawasan berkenaan, terutama pada waktu malam atau awal pagi yang merupakan waktu aktif bagi hidupan liar.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan memperlahankan kenderaan, tidak membunyikan hon secara berlebihan serta mengelakkan daripada berhenti atau keluar dari kenderaan sekiranya terserempak dengan hidupan liar.

"Orang awam juga diminta untuk tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan kekeliruan serta kebimbangan dalam kalangan masyarakat," katanya yang turut menggalakkan orang ramai segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai maklumat kehadiran hidupan liar di kawasan tersebut, bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil dengan segera.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 17 saat di media sosial TikTok Fazel JRTB, memaparkan seekor haiwan liar yang dipercayai harimau melintas jalan dalam suasana gelap, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya.


Artikel : Harian Metro
 
14252854713851685-405111.jpg

14252854713851685-405112.jpg


Enam lembu mati dibaham harimau


ROMPIN - Enam ekor lembu milik seorang peneroka Felda ditemukan mati dipercayai akibat serangan harimau di Ladang Sungai Mok dekat sini dalam kejadian yang berlaku sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, pemilik ternakan berusia 60 tahun itu menemui bangkai haiwan berkenaan ketika melakukan pemeriksaan di kawasan ladang kira-kira jam 8 pagi pada 13 Jun lalu.

Menurutnya, hasil pemerhatian mendapati terdapat kesan gigitan pada bahagian leher enam lembu baka Brahman terdiri daripada lima betina dan seekor jantan.

“Pemilik ternakan turut menemui kesan tapak kaki yang dipercayai milik harimau di lokasi kejadian.

“Kejadian dipercayai berlaku secara berperingkat dari 13 hingga 15 Jun lalu,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.


Jelasnya, kerugian akibat kejadian itu dianggarkan berjumlah RM6,300.

Artikel Sinar Harian
 


Harimau kumbang kembali 'meronda' di Pengkalan Gawi

Kuala Berang: Selepas lebih seminggu, kelibat seekor harimau kumbang sekali lagi kelihatan berkeliaran di kawasan berhampiran sebuah stesen minyak dan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pengkalan Gawi, malam kelmarin.

Pekerja penyelenggaraan, Mohd Roslan Rosman, 45, berkata dia mengetahui tentang kehadiran harimau kumbang berkeliaran di kawasan itu melalui media sosial minggu lalu namun kelibat haiwan itu kembali tular selepas ditemui orang awam di kawasan sama.

Menurutnya, kehadiran haiwan itu berhampiran stesen minyak dan kawasan rehat dan rawat (R&R) Gawi, agak menggusarkan pengguna jalan raya.

"Kehadiran harimau kumbang di kawasan itu juga berbahaya bagi pekerja di lapangan yang tidak tahu sebarang kemungkinan boleh berlaku sekiranya tidak berhati-hati," katanya.

Seorang penduduk, Mamat Abdullah, 60, berkata dia difahamkan kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sudah ke lokasi sejak seminggu lalu.

"Namun, kedudukan lokasi berhampiran hutan tebal yang merupakan habitat semula jadi haiwan itu berkemungkinan menjadi laluan utama harimau berkenaan.

"Bagaimanapun, situasi ini harus ditangani segera kerana pengguna jalan raya dan pekerja lapangan di kawasan itu terdedah dengan risiko diterkam haiwan liar itu," katanya.

Menurutnya, dia tidak pasti sama ada haiwan itu cedera atau tidak namun kelihatan melalui video yang tular kelibat haiwan itu berjalan seperti tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mungkin haiwan itu menjadikan kawasan berkenaan sebagai laluan utama sebelum kembali ke hutan berhampiran.

Mamat berkata, dia berharap pihak berkenaan mengambil langkah sewajarnya kerana selain keselamatan manusia, keselamatan haiwan itu juga perlu diambil kira kerana bimbang dirempuh kenderaan terutama pada waktu malam.

"Sudah dua kali haiwan itu muncul dan 'meronda' di kawasan Gawi, justeru langkah sewajarnya harus dilakukan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Terengganu, Dennis Ten Choon Yung berkata, pada Sabtu lalu kira-kira jam 11 malam pihaknya menerima makluman berkaitan seekor harimau kumbang berkeliaran di tepi jalan utama Pengkalan Gawi.

"Pada keesokan kira-kira jam 9.30 pagi anggota Jabatan Perhilitan ke lokasi aduan bagi menjalankan kerja pemasangan satu perangkap harimau.

"Hutan simpan yang terdekat dengan lokasi kejadian adalah Hutan Simpan Hulu Telemong dan hutan simpan Hulu Terengganu Tambahan yang terletak kira-kira 500 meter dari lokasi penemuan haiwan berkenaan," katanya.

Beliau berkata, pemasangan kamera trap sudah dilakukan pada 7 Julai lalu manakala pemasangan perangkap harimau dilakukan kelmarin selain pihaknya akan membuat pemantau berkala di lokasi tersebut dari masa ke semasa.


Nazdy Harun
 
kucing dahan nie kalau lawan anjing boleh menang tak?
 
14278528356089285-413210.jpg

14278528356089285-413211.jpg


Seekor harimau belang betina seberat 94 kg berjaya ditangkap Perhilitan Perak selepas pemangsa berkenaan memasuki perangkap yang dipasang berhampiran IPG Kampus Ipoh.

#malaysiagazetteperak #MGPerak

Foto: Perhilitan Perak
 


Kelibat ibu, anak harimau kumbang bersantai di Hutan Simpan Berembun


JELEBU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan sedang menyiasat mengenai kesahihan video tular yang memaparkan kelibat dua ekor harimau kumbang dipercayai ibu dan anak di kawasan Hutan Simpan Berembun di sini.

Pengarah Perhilitan negeri, Wan Mat Wan Harun berkata, siasatan dijalankan bagi mengenal pasti lokasi sebenar dan keadaan haiwan liar tersebut.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati dua ekor haiwan yang dirakam itu dipercayai ibu bersama anak dianggarkan berusia dua tahun ke bawah.

Beliau berkata, kedua-dua haiwan itu dikesan berada dalam kawasan hutan simpan dan dipercayai berkeliaran di sekitar Hutan Simpan Berembun.

Setakat ini, pihak Perhilitan tidak menerima sebarang aduan berhubung kejadian tersebut.

Artikle Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register