BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Kes ragut amoi

Syahril A. Kadir
7j ·

SATU Malaysia bangga dengan keberanian ko brader MBJB.
Istana dan rakyat Johor pasti teruja dengan anda.
Salute!!!

1599055497376.png

1599055506906.png
 
Harian Metro
19m ·
#johorbahru "Jam tangan ini akan saya simpan sebagai tanda kenangan. Saya tidak sangka ada yang hargai tindakan saya itu." -Shazrin Hafeez Fadzlan, 26.
https://www.hmetro.com.my/…/wira-tahan-peragut-dihadiahkan-…

Wira tahan peragut dihadiahkan jam tangan oleh orang awam


Shazrin Hafeez terima jam tangan daripada oramg awam.

Shazrin Hafeez terima jam tangan daripada oramg awam.



PENGUAT kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang menerkam peragut dalam kejadian ragut di Taman Mount Austin semalam, dihadiahkan jam tangan oleh orang awam.

Shazrin Hafeez Fadzlan, 26, berkata, pemberian itu diterimanya malam tadi, ketika berniaga burger secara sambilan di Taman Anggerik di Johor Jaya.

Katanya, dia tidak menyangka pelanggan yang pada mulanya membeli burger tiba-tiba menghulurkan jam tangan berjenama itu.

"Saya terharu dengan pemberian berkenaan. Pelanggan lelaki itu pada mulanya menempah burger.

"Dia kemudiannya menghulurkan jam tangan itu sambil berterima kasih kepada saya kerana membantu mangsa ragut," katanya dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, Shazrin Hafeez tidak pasti sama ada lelaki itu ada kaitan dengan mangsa ragut berkenaan atau sebaliknya.

"Jam tangan ini akan saya simpan sebagai tanda kenangan. Saya tidak sangka ada yang hargai tindakan saya itu.

"Saya berusaha menahan peragut itu atas dasar tanggungjawab," katanya.

Tindakan Shazrin Hafeez yang dirakam membantu menahan peragut terbabit turut mendapat pujian polis.

Terdahulu, video berkaitan kejadian tular di media sosial. Ia memaparkan tindakan pantas Shazrin Hafeez menahan peragut bermotosikal yang meragut bag tangan seorang wanita di Taman Mount Austin.


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2020 @ 8:46 PM


mamat yang bagi jam tu meniaga jam online live fb. mostly gshock.
customer dia ramai melayu.
 
Ulasan Apek Cina
15j

Akhbar Cina MEMUJI Melayu !
- Berita eratkan perpaduan -

Sin Chew hari ini melaporkan tentang seorang pegawai Majlis Perbandaran di Johor, saudara Hafiz.

Beliau dihormati netizen Cina kerana berjaya hentikan kes ragutan beberapa hari lalu ketika bertugas memberi kompoun.

Kini, beliau dikesan menjual burger sebagai kerja kedua. Seorang yang menunjukkan sifat keberanian dan kerajinan.

Dalam beberapa jam, hampir 3 ribu orang Cina telah “ Like “ rencana tersebut.

100 % komen adalah memuji beliau. Netizen mula memanggil beliau sebagai Abang Hero “ 英雄哥”

Kalau saya ada anak pempuan cukup umur, Saya paksa Hafiz ni jadi menantu !

1599100462483.png


1599100471218.png

1599100489733.png
 
tgk gambar mmg kecik betul orgnya... patut speed berlari dia power...
pakcik WWE power gak.. jurus tumbuk kerandut haha
 
naik pangkat lepas ni
 
Harian Metro
17m ·
#johorbahru "Kebiasaannya, boleh jual antara 60 hingga 70 biji burger sehari namun semalam saya menjual lebih 200 biji burger." - Shazrin Hafeez Fadzlan.
https://www.hmetro.com.my/…/tuah-tangkap-peragut-burger-pen…

Tuah tangkap peragut, burger penguat kuasa MBJB laris


wiraku_1599145638.jpg


BERNAMA

Johor Bahru: Video tindakannya menangkap peragut yang tular di media sosial mendatangkan tuah buat Shazrin Hafeez Fadzlan apabila perniagaan burger yang dilakukan secara sambilan 'diserbu' orang ramai.
Pembantu Penguat Kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berusia 26 tahun itu berkata, sepanjang menjalankan perniagaan di Jalan Anggerik 40, Taman Johor Jaya di sini, sejak tiga tahun lalu, belum pernah gerai burgernya mendapat sambutan hangat seperti semalam.

"Saya berniaga burger sebagai pendapatan sampingan, bermula pada 7 petang hingga 11.30 malam. Kebiasaannya, boleh jual antara 60 hingga 70 biji burger sehari namun semalam saya menjual lebih 200 biji burger.
"Saya tidak sangka video kejadian itu tular dengan pantas di media sosial dan saya amat berterima kasih dengan sokongan ditunjukkan orang ramai. Sekiranya saya berpeluang melakukan perkara sama pada masa depan, saya tidak akan teragak-agak untuk membantu masyarakat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Selasa lalu, tular di media sosial mengenai video memperlihatkan tindakan berani Shazrin Hafeez bergelut dengan seorang peragut di tempat meletak kenderaan di Jalan Austin Height 8/9, Taman Mount Austin.
Mengulas mengenai kejadian itu, Shazrin Hafeez berkata, ketika itu dia sedang menjalankan tugas memeriksa petak letak kenderaan berkupon sebelum terdengar jeritan seorang wanita meminta tolong.
"Sebaik menoleh ke arah jeritan itu, saya ternampak peragut itu terjatuh daripada motosikalnya ketika cuba melarikan diri.

"Tanpa berfikir panjang, saya terus meluru ke arah peragut itu dan berusaha untuk menahannya. Tindakan itu adalah automatik tanpa mengambil kira risiko yang mungkin berlaku.
"Mujur orang awam yang berada di sekitar turut datang membantu menahan peragut itu," katanya yang mengalami kecederaan kecil pada tangan kanan akibat pergelutan itu.





Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 September 2020 @ 11:07 PM


 
Back
Top
Log in Register