BTC USD 60,920.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Kes ragut amoi

Ntah nnti bro MBJB ni kena tindakan sbb jatuhkan org yg nak larikan diri, cam yg jadi kat polis aritu...:p:p
 
Burger business booming after council officer's heroic act captured on CCTV

846282.jpg


JOHOR BARU (Bernama): Johor Baru City Council (MBJB) parking enforcement officer, Shazrin Hafeez Fadzlan, 26, says viral CCTV footage of him rushing to the rescue of a female snatch theft victim and wrestling the thief to the ground has brought luck to his burger stall business.

He said business has never been better since he opened his stall in Jalan Anggerik 40, Taman Johor Jaya three years ago with people eager to buy his burgers like last night.


"I sell burgers for extra income from 7pm - 11.30pm, and usually between 60 and 70 are sold per night, but yesterday sales increased to over 200 burgers.

"I didn’t expect the video to go viral so quickly on social media, but I am grateful for the public’s support. I wouldn’t hesitate to respond in the same way again if it helps society,” Shazrin said when contacted Thursday (Sept 3).

The event happened around noon on Sept 1, while he was going around Jalan Austin Height 8/9 in Taman Mount Austin checking if parking had been paid.

"When I turned to see where the screams for help were coming from, I saw the snatch thief falling from his motorcycle while trying to get away.

"Without giving it a lot of thought, I ran towards the thief to try and catch him. It was automatic, the risks didn’t cross my mind.

"Luckily, there were members of the public who came to help catch the thief as well,” said Shazrin, who sustained minor injuries to his right hand during the tussle with the thief. - Bernama

 
Utusan Online
11j ·
Shazrin Hafeez Fadzlan, 26, bukan sahaja menerima sijil dan wang tunai berjumlah RM1,000 malah tawaran jawatan tetap sebagai Pembantu Kesihatan Awam MBJB.

Hero MBJB terima penghargaan MB
mbjb.jpg

HASNI Mohammad menyampaikan sijil penghargaan kepada Shazrin Hafeez Fadzlan atas jasanya menahan seorang peragut dalam satu kejadian Selasa lalu.
  • Oleh KHAIRUL MOHD ALI
  • 6 September 2020, 8:12 pm
JOHOR BAHRU: ‘Hero’ Penguat Kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menerima pengiktirafan atas jasanya menahan seorang peragut dalam kejadian Selasa lalu.

Shazrin Hafeez Fadzlan, 26, bukan sahaja menerima sijil dan wang tunai berjumlah RM1,000 malah tawaran jawatan tetap sebagai Pembantu Kesihatan Awam MBJB.

Lebih manis, sijil penghargaan itu diserahkan sendiri Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad semasa lawatan kerjanya ke MBJB hari ini.

Shazrin Hafeez diangkat sebagai hero MBJB oleh masyarakat apabila videonya bergelut dengan seorang peragut di Taman Mount Austin, Selasa lalu tular dalam media sosial.

Terlebih dahulu masyarakat berbilang kaum turut menyatakan penghargaan atas tindakan pantasnya itu dengan menyerbu gerai burger yang diusahakan di Taman Johor Jaya.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan penjenayah terbabit yang menunggang sebuah motosikal meragut beg tangan seorang wanita berusia 30 tahun ketika mangsa sedang melintas jalan.

Mangsa yang terkejut dan ketakutan menjerit meminta tolong sebelum disedari seorang penguat kuasa yang sedang bertugas berlari memberkas suspek dan dibantu orang awam.

Sementara itu, dalam lawatan kerja tersebut, Hasni turut mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini untuk memudahkan rakyat negeri ini yang mahu berniaga.

Katanya, langkah itu tidak bermakna tiada penguatkuasaan dilakukan, sebaliknya gunakan keprihatinan dalam sesuatu tindakan.

“Saya berharap MBJB boleh mengambil langkah untuk membantu, khususnya mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Kita perlu mengambil langkah di luar kebiasaan. Kalau boleh kita perbanyakkan inisiatif foodtruck bagi memberi peluang untuk orang ramai menyara hidup mereka.

“Tunjukkan keprihatinan dan rasa simpati kita kepada masyarakat dalam semua sektor yang ada di luar sana,” katanya sambil berharap imej PBT di negeri ini menjadi lebih mesra masyarakat. – UTUSAN ONLINE


 
fuh,tangkap peragut terus dapat pengiktirafan dan dilantik jawatan tetap...rezeki brother ni..


cuma tukar profession la kot, masa dulu penguatkuasa, tapi jawatan tetap pembantu kesihatan awam
 
Back
Top
Log in Register