BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Kes ragut amoi

padu pakcik baju kelabu tu. last dia debik kerandud
 
Penguat kuasa MBJB hero terkam peragut


"SAYA tidak fikir langsung apa akan terjadi, saya tidak kisah asalkan pada waktu itu dapat tangkap peragut," kata Shazrin Hafeez Fadzlan.

Shazrin Hafeez, 26, adalah anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang menjadi hero dalam kejadian kes ragut membabitkan seorang wanita di kawasan rumah kedai di Taman Mount Austin, Johor Bahru, hari ini.

Katanya, dalam kejadian 1 tengah hari itu, dia sedang menjalankan tugas memeriksa petak tempat letak kereta berkupon berdekatan lokasi kejadian.

"Saya terdengar jeritan minta tolong seorang wanita dan pada masa sama, ternampak peragut terjatuh dari motosikal selepas meragut wanita terbabit.

"Saya tidak melakukan 'flying kick' seperti kelihatan dalam video tular itu. Sebaliknya, saya terus berlari ke arah peragut dan terus terkam sehingga kami terjatuh.

"Saya tidak fikir sama ada peragut itu berbahaya atau tidak pada waktu itu, yang penting saya dapat tangkap peragut terbabit. Ramai cakap saya bertubuh kecil, tetapi berjaya tangkap peragut.

"Semua itu dengan bantuan orang awam yang berada di sekitar kawasan yang turut membantu bersama menangkap peragut terbabit," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shazrin Hafeez berkata, sebaik peragut berjaya diikat, orang awam yang marah kemudian bertindak menumbuk peragut terbabit.

Menurutnya, dia cuba menenangkan mereka dan meminta bersabar sehingga polis tiba.

"Orang awam menghubungi polis, tidak lama kemudian polis tiba. Saya bersama mangsa kemudian turut ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan berhubung kejadian.

""Memang tidak sangka video itu tular dengan begitu pantas. Saya diberitahu rakan berhubung video tular saya menangkap peragut itu ketika sedang berurusan di balai polis," katanya yang sudah tiga tahun berkhidmat sebagai penguat kuasa MBJB.

Sebelum ini, tular beberapa video memaparkan adegan kejadian ragut beg tangan milik seorang wanita ketika melintas jalan, hari ini.

Peragut itu kemudian terjatuh dan ketika dia cuba bangun, kelihatan seseorang berlari dari sebelah kiri sebelum dilihat seolah-olah melakukan 'flying kick' terhadap peragut itu sebelum kedua-duanya terjatuh.

Orang ramai di lokasi kejadian kemudian membantu menangkap peragut terbabit, selain ada yang naik angin memukul suspek.
 
Polis ucap tahniah kepada penguat kuasa MBJB, orang awam

SUSPEK yang ditahan penguat kuasa MBJB dan orang awam di Taman Mount Austin, Johor Bahru, hari ini. FOTO ihsan polis


POLIS mengucapkan tahniah atas keberanian dan tindakan pantas penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan orang awam yang berjaya menahan peragut di Taman Mount Austin, Johor Bahru, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, suspek berusia 32 tahun diserahkan kepada polis oleh orang awam.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, suspek meragut beg tangan wanita berusia 30 tahun namun terjatuh bersama motosikal ditunggangnya.

"Mangsa menjerit meminta bantuan dan seorang anggota penguat kuasa MBJB yang sedang bertugas serta orang awam berjaya menahan suspek.

"Dalam kejadian itu, mangsa calar di lengan kiri manakala suspek diserahkan kepada polis yang tiba di tempat kejadian sejurus menerima maklumat," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohd Padzli berkata, polis merampas motosikal digunakan suspek, topi keledar dan beg tangan mangsa sebagai barang kes.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda atau sebat jika sabit kesalahan," katanya.


== hmetro
 
Abg tu ckp bukan FK, dia terkam. Saya nmpk mcm abg tu pakai jurus lariat, bagi kat belakang malaun tu
 
pakcik WWE tu thorbaik...jurus tumbuk kerandut..mmg senak ooiii
 
Harian Metro
19m ·
#johorbahru "Jam tangan ini akan saya simpan sebagai tanda kenangan. Saya tidak sangka ada yang hargai tindakan saya itu." -Shazrin Hafeez Fadzlan, 26.
https://www.hmetro.com.my/…/wira-tahan-peragut-dihadiahkan-…

Wira tahan peragut dihadiahkan jam tangan oleh orang awam


Shazrin Hafeez terima jam tangan daripada oramg awam.

Shazrin Hafeez terima jam tangan daripada oramg awam.



PENGUAT kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang menerkam peragut dalam kejadian ragut di Taman Mount Austin semalam, dihadiahkan jam tangan oleh orang awam.

Shazrin Hafeez Fadzlan, 26, berkata, pemberian itu diterimanya malam tadi, ketika berniaga burger secara sambilan di Taman Anggerik di Johor Jaya.

Katanya, dia tidak menyangka pelanggan yang pada mulanya membeli burger tiba-tiba menghulurkan jam tangan berjenama itu.

"Saya terharu dengan pemberian berkenaan. Pelanggan lelaki itu pada mulanya menempah burger.

"Dia kemudiannya menghulurkan jam tangan itu sambil berterima kasih kepada saya kerana membantu mangsa ragut," katanya dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, Shazrin Hafeez tidak pasti sama ada lelaki itu ada kaitan dengan mangsa ragut berkenaan atau sebaliknya.

"Jam tangan ini akan saya simpan sebagai tanda kenangan. Saya tidak sangka ada yang hargai tindakan saya itu.

"Saya berusaha menahan peragut itu atas dasar tanggungjawab," katanya.

Tindakan Shazrin Hafeez yang dirakam membantu menahan peragut terbabit turut mendapat pujian polis.

Terdahulu, video berkaitan kejadian tular di media sosial. Ia memaparkan tindakan pantas Shazrin Hafeez menahan peragut bermotosikal yang meragut bag tangan seorang wanita di Taman Mount Austin.


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2020 @ 8:46 PM

 
Back
Top
Log in Register