BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes pengubahan wang S$3 bilion: Lebih 1,000 barangan mewah, 80 hartanah akan dilelong

adi19

Fun Poster
Messages
768
Joined
Oct 30, 2013
Messages
768
Reaction score
3
Points
25

Kes pengubahan wang S$3 bilion: Lebih 1,000 barangan mewah, 80 hartanah akan dilelong​

auction.jpg

Sebahagian daripada barangan mewah yang dirampas dalam kes pengubahan wang haram Singapura bernilai S$3 bilion akan dijual melalui beberapa siri lelongan. (Gambar: Hotlotz)

SINGAPURA: Lebih 1,000 barangan mewah dan 80 hartanah, yang dilucutkan hak milik dalam kes pengubahan wang berjumlah S$3 bilion di Singapura, akan dilelong mulai 7 September, menurut firma audit Deloitte pada Sabtu (29 Ogos).

Hartanah itu akan dilelong oleh SRI, Edmund Tie & Company dan Knight Frank, manakala rumah lelong Hotlotz akan mengendalikan barangan mewah termasuk barang kemas, jam tangan dan beg tangan.

IKLAN

Sebahagian hartanah terpilih akan turut ditawarkan untuk dijual melalui proses penyataan minat yang dikendalikan List International Realty, di luar proses lelongan.

Aset itu akan dijual secara berperingkat antara September 2026 hingga pertengahan 2027. Deloitte menyatakan komposisi dan jumlah barangan bagi setiap fasa masih sedang dimuktamadkan dan mungkin berubah ketika kerja pengesahan serta persediaan diteruskan.

Deloitte dilantik Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Julai 2025 untuk mengurus dan merealisasikan aset bukan tunai yang dilucutkan hak milik dalam kes itu.

Kes tersebut terbongkar selepas serbuan di seluruh pulau pada Ogos 2023 menemukan wang berjuta-juta dolar yang diperoleh daripada sindiket perjudian haram berpangkalan di Asia Tenggara.

Kesemua 10 pesalah, yang berasal dari China walaupun sebahagiannya memegang kerakyatan lain, sudah sabit kesalahan dan diekstradisi selepas menjalani hukuman.

IKLAN

LELONGAN ONLINE BARANGAN MEWAH

Hotlotz menyatakan ia akan mengadakan 15 lelongan online bagi barangan mewah tersebut dari September tahun ini hingga Mei 2027. Syarikat itu tidak menerima bidaan melalui komisen atau telefon dan juga tidak mengadakan lelongan tradisional dalam bilik lelongan.

Katalog-katalog bagi dua lelongan pertama akan dikeluarkan pada pukul 10.00 pagi 7 September, ketika bidaan online turut dibuka.

Lelongan pertama, yang ditutup pada pukul 4.00 petang 20 September, akan menampilkan beg tangan dan aksesori daripada jenama termasuk Chanel, Louis Vuitton dan Christian Dior.

Lelongan kedua, yang ditutup pada waktu sama pada 27 September, pula menampilkan barang kemas daripada pengeluar seperti Graff, Bulgari dan Van Cleef & Arpels.

IKLAN

Kedua-dua lelongan itu akan menampilkan lebih 300 beg tangan dan aksesori serta lebih 250 barang kemas, dengan anggaran prajualan antara S$2.9 juta hingga S$3.9 juta.

Katalog bagi lelongan seterusnya akan dikeluarkan lebih dekat dengan tarikh jualan masing-masing dan akan merangkumi beg tangan Hermès serta jam tangan daripada Patek Philippe, Richard Mille dan Rolex, kata Hotlotz.

Lelongan itu terbuka kepada peserta dari seluruh dunia, namun pembida perlu mendaftar dan menjalani pemeriksaan pengesahan identiti wajib sebelum mengambil bahagian.

Pembida yang diluluskan boleh menempah slot untuk melihat barangan di Le Freeport, kemudahan penyimpanan dengan keselamatan tinggi di Changi, tempat barangan itu disimpan. Lawatan hanya melalui janji temu dan pengunjung tanpa janji temu tidak dibenarkan.

Hotlotz menyatakan slot janji temu adalah terhad dan diberikan kepada peserta berdaftar berdasarkan yang dahulu didahulukan.

IKLAN

Pengasas dan ketua pegawai eksekutif Hotlotz, Matt Elton, berkata profil global kes itu akan menarik perhatian tambahan terhadap lelongan berkenaan, namun beliau mahu mengelakkan unsur sensasi.

Matlamatnya adalah untuk "menjual semuanya dengan cara yang paling adil dan telus serta menawarkannya kepada pasaran seluas mungkin".

"Pada penghujungnya, saya cuba mengelakkan unsur sensasi. Tugas saya adalah menjual barangan ini. Tugas saya adalah memahami apa barangan tersebut, memasarkannya pada harga yang betul dan bersikap objektif tentang cara kami membincangkannya," katanya.

"Saya cuba untuk tidak terpengaruh dengan pelbagai cerita mengenainya."

Encik Elton berkata ketelusan adalah penting, termasuk memastikan pembida mengetahui dari mana barangan itu diperoleh.

Harga permulaan ditetapkan berdasarkan perbandingan dengan lelongan lain, dan bukannya harga runcit asal atau harga pasaran peringkat kedua, tambahnya.

 
Back
Top
Log in Register