BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kertas Siasatan Kes Anjing Mati Semasa Operasi Dirujuk Kepada Timbalan Pendakwaraya

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kertas Siasatan Kes Anjing Mati Semasa Operasi Dirujuk Kepada Timbalan Pendakwaraya​

48d29148d9212a20deaf12904a9cbcec6a016f87abc47

Garisan Polis - Jangan Lintas (Ilustrasi Sahaja)

Kertas siasatan berhubung kes kematian seekor anjing semasa operasi tangkapan anjing liar di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang dekat sini telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Lim Jit Huey berkata pihaknya kini sedang menunggu arahan selanjutnya.

“Kertas siasatan kes berkenaan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwaraya semalam. Tunggu arahan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Lim dilaporkan berkata kertas siasatan berhubung insiden yang berlaku ketika operasi tangkapan anjing liar oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang dengan kerjasama penduduk setempat telah dibuka di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

 
Back
Top
Log in Register