BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rasuah e-Waste: Kertas Siasatan Pegawai Kanan JAS Dirujuk Kepada AGC - Azam

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
057e1e9b81cf876f61d23dbcf4a11a6d678654dbbfd0e

Tan Sri Azam Baki

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyelesaikan siasatan berhubung isu rasuah berkait dengan pengurusan e-waste dan sisa plastik membabitkan pegawai kanan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata kertas siasatan melibatkan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah JAS itu telah diselesaikan dan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dengan syor untuk pertuduhan.

“SPRM sedang menunggu pelaksanaan pertuduhan oleh AGC terhadap kedua-dua pegawai kanan JAS berkenaan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kertas siasatan terhadap Ketua Pengarah JAS telah dibentangkan pada 26 Feb, manakala bagi Timbalan Ketua Pengarah JAS pada 6 Mac.

Isu pengurusan e-waste dan sisa plastik merupakan antara cabaran yang telah lama dihadapi, khususnya di kawasan yang terkesan dengan aktiviti pelupusan dan pemprosesan yang tidak teratur.

“Aduan berkaitan pencemaran udara, air dan tanah turut memberikan kesan kepada kesejahteraan penduduk setempat, sekali gus menuntut tindakan bersepadu daripada pelbagai pihak termasuk agensi penguatkuasaan.

“Masalah e-waste dan sisa pepejal plastik sudah lama dihadapi oleh rakyat dan tidak dapat diselesaikan walaupun telah banyak aduan pencemaran. Akhirnya SPRM telah bertindak dengan menyiasat dan menahan mereka yang diamanahkan untuk melindungi alam sekitar,” katanya.

Sementara itu, Azam menegaskan bahawa sebarang elemen rasuah boleh memberikan implikasi yang lebih luas, termasuk kepada kelestarian alam sekitar serta kesihatan awam.

SPRM sebelum ini dilaporkan telah menahan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah JAS bagi membantu siasatan kes berkaitan pengurusan sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste).

 
Back
Top
Log in Register