Aku berumur lingkungan 25-26. Aku memegang segulung ijazah dalam bidang ekonomi. Setelah berusaha beberapa tahun mencari pekerjaan, aku tidak berjaya memperoleh pekerjaan yang sesuai. melalui detik-detik sukar dalam kehidupan selepas tamat pengajian, akhirnya aku menyambung pengajian ke peringkat sarjana (master), namun akibat masalah-masalah tertentu, aku terpaksa menggantung pengajian.
Dek kerana tekanan kewangan, dan tekanan dalam mendapatkan pekerjaan, akhirnya aku mengikuti satu program di bawah kelolaan sebuah badan berkanun selama setahun dengan harapan aku akan diserapkan setelah tamat tempoh latihan, namun ternyata bukan di situ rezeki ku sedangkan aku ditugaskan untuk memangku jawatan timbalan pengurus. Tidak mengapalah, bukan rezki ku.
Selepas itu, aku bekerja di sebuah rangkaian kedai runcit yang agak ternama di selangor sebagai seorang penjaga stor. Oleh kerana kerajinan aku dalam bekerja, setelah 6 bulan, head manager bagi kawasan daerah tempat aku bekerja mempelawa aku untuk dinaikkan pangkat kepada penolong pengurus cawangan. Namun aku terpaksa menolak, kerana tidak mahu terlibat dengan lebih jauh hal-hal berkaitan arak dan minuman keras.
Dan selepas itu, aku mengikuti sebuah program anjuran jabatan pertanian selama setahun, dan kini aku baru berjinak-jinak menjadi seorang usahawatani.
Ceritanya bermula begini. Lumrah bagi seorang lelaki, mahu mencari teman hidup. bersambung ... kalau ada yang reply, aku akan sambung cerita ini.