Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,766
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,766
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Kerjasama Malaysia-Bangladesh Diperluas Ke Bidang AI, Semikonduktor, Pertumbuhan Baharu - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (empat, kanan) mengadakan mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatnya Tarique Rahman dari Bangladesh di Bangunan Perdana Putra hari ini.
Kerjasama antara Malaysia dan Bangladesh perlu diperluaskan ke bidang-bidang baharu dan sedang berkembang termasuk kecerdasan buatan (AI), tenaga dan semikonduktor, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata walaupun pelaburan kekal penting, kerjasama antara kedua-dua negara juga perlu melangkaui sektor tradisional dan merangkumi penyelidikan serta teknologi baharu, khususnya dalam bidang AI yang merupakan antara cabaran utama masa hadapan.
“Kita perlu memperkukuh perdagangan dan pelaburan dua hala, seperti yang saya nyatakan, dalam bidang-bidang baharu selain pertanian yang masih menjadi antara sektor utama, termasuk semikonduktor, ekonomi digital, tenaga dan pembuatan termaju,” katanya.
Anwar berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Bangladesh Tarique Rahman, yang sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia di sini hari ini.
Terdahulu, Anwar dan Tarique turut menyaksikan pertukaran satu Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Kerjasama Kebudayaan serta dua pertukaran Nota (EoN) dalam bidang Penyelidikan Antikeganasan serta Promosi dan Pemudahcaraan Pelaburan.
Berita lanjut menyusul...