BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerjasama Ekonomi Dengan Rakan Strategik Perkukuh Peranan Penting ASEAN - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
72a530b863bf36056c9923cc31609c786900a279dc76d


Pemeteraian perjanjian kerjasama ekonomi antara negara-negara ASEAN dan rakan strategik menggariskan peranan penting blok itu dalam memperkukuh perpaduan dan kepusatannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) kekal penting, Pengerusi ASEAN 2025 itu turut menekankan bahawa blok tersebut akan terus meningkatkan kerjasamanya dengan pasaran lain, terutamanya dalam mengekalkan keamanan dan pertumbuhan ekonomi serantau.

Menjawab soalan mengenai perbualan dengan Trump semasa menaiki kereta Presiden AS itu yang dikenali sebagai ‘The Beast’ pada 26 Oktober, Anwar berkata beliau telah membangkitkan isu tarif timbal balas yang tinggi dikenakan oleh Washington dan isu lain yang berkaitan dengan keamanan dan keselamatan.

“Saya ada menyebut bahawa 19 peratus masih tinggi dan kami membincangkan kadar tarif sifar ke atas produk terpilih,” kata beliau pada sidang media Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan hari ini.

Anwar berkata beliau turut memberitahu Trump bahawa Malaysia terbuka untuk perbincangan perdagangan dengan AS mengenai unsur nadir bumi (REE), semikonduktor dan isu maritim, selain mengekalkan hubungan perdagangan dengan negara-negara utama lain.

Mengenai Protokol Naik Taraf Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) 3.0, beliau berkata ia mencerminkan kepusatan ASEAN dalam menggalakkan keamanan serantau dan diplomasi ekonomi.

“ASEAN merupakan antara rantau yang mencatatkan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia dan negara-negara lain tertarik untuk memperkukuh hubungan dengan blok ini,” kata beliau.

Terdahulu, Anwar menyerahkan tukul kepada Presiden Ferdinand R. Marcos Jr, yang menjadi simbolik pemindahan kuasa secara rasmi sekali gus membuka lembaran baharu bagi kepimpinan Filipina dalam ASEAN pada 2026.

 
Back
Top
Log in Register