BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keretapi KTMB terbakar

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
bt_14.1.jpg


Kebakaran berlaku sekitar satu kilometer dari stesen Sungai Gadut.

SEREMBAN - Seramai 310 penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) cemas selepas kepala kenderaan itu terbakar dalam perjalanan dari Johor Bahru, Johor ke Butterworth, Pulau Pinang, kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, kebakaran berlaku semasa kereta api bergerak dari Rembau menuju ke Seremban, sekitar satu kilometer dari stesen Sungai Gadut dekat sini.

"Semua penumpang berjaya keluar dan selamat namun, pemandu cedera melecur di bahagian jari.

"Kebakaran dipercayai bermula di bahagian enjin selepas pemandu kereta api tersebut mengesan asap di bahagian itu ketika kereta api sedang bergerak," katanya ketika dihubungi. - K! ONLINE
 
Memang cuaca tengah panas kerana El-Nino tetapi takkan sampai enjin terbakar?

Tak buat penyelengaraan dengan betul kot.
 
aku lalu masa ketapi ni tgh t'bako td. punyalah ramai org berenti amik bideo nak ltk dlm media sosial ler tu. salah sorg wife aku ler tu.ekekeke
 
kawan aku salah dari penumpang2 yg terlibat tadi ... terpaksa berjalan kaki atas track .. jauh gak katanya
 
kawan aku salah dari penumpang2 yg terlibat tadi ... terpaksa berjalan kaki atas track .. jauh gak katanya

Nasib kawan bos xde jadi pape..tgk kt pic tu pun cam terbakar atas jambatan je..
 
Back
Top
Log in Register