BTC USD 76,399.0 Gold USD 4,346.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Kereta nampak buruk tapi bernilai RM175,000

untungla muda2 dah pakai merc
 
kebarbian apakah ini.
xtahan betul nak petik KL tu.
awaat x petik UK (Ulu Kenaboi) ke,
US (ulu selangor) ke.
sungguh barbie
tu la namonyo attention-seeker boss. budak baru baligh nok modi keto, baru tgk dunia...yg x ado, di ado2kan nyo.
keto lagu ni org pndg sebelah mato ja baling dlm scrapyard pn xdpt attention. Melayu & Membazir berpisah tiada.
 
umur 20 dah jadi tokey kedai ..hebat..
tp tu la kan , kurang cerdik ..takde money management ..maybe tak tamat sekolah..

Bapak dia kaya ni turun temurun..
Pass kt anak joli sakan
Haha
 
911425.jpg


Mercedes Benz model A250 bernilai RM175,000 yang sudah dimodifikasi ke AMG A45 pada asalnya berwarna putih tetapi diubah suai supaya kelihatan buruk tetapi unik bagi pemiliknya, Muhd Asif Ali Mohd Fadli, 20.
A
A
KOTA BHARU - Seorang peniaga kedai makan sanggup berbelanja ribuan ringgit bagi memenuhi citarasanya untuk mencantikkan kereta mewah jenis Mercedes Benz model A250 miliknya.

Muhd Asif Ali Mohd Fadli, 20, berkata, rupa buruk itu kelihatan unik pada pandangannya biarpun berbeza daripada pendapat umum.

Menurutnya, beliau membelanjakan wang RM5,000 bagi proses mencantikkan badan kereta itu iaitu RM3,900 kos bagi pelekat dari Kuala Lumpur yang dibeli melalui dalam talian, manakala RM1,100 lagi dibayar upah kepada rakan yang melakukan kerja-kerja menampal.

“Kereta Mercedes Benz model A250 ini bernilai RM175,000 yang sudah dimodifikasi ke AMG A45. Baru setahun dibeli dan pada asalnya berwarna putih.

“Sebelum ini, saya pakai Honda Jazz dan sememangnya sudah lama berminat dalam kerja-kerja mengubah suai kenderaan bagi memenuhi kepuasan diri sendiri,” katanya ketika ditemui di kedai makannya Jalan Bayam di sini hari ini.

911424.jpg

Mercedes Benz model A250 yang kelihatan unik.
Menurutnya, proses menampal pelekat bercorak karat dan berlubang-lubang pada keseluruhan bahagian luar badan kereta itu mengambil masa selama seminggu.

“Sukar hendak jelaskan kepada umum kerana ini adalah minat dan saya akui corak itu buruk tetapi bagi tetap unik.

“Saya tetap sukakannya walaupun orang lain kata hodoh dan pelik,” katanya.

Katanya, corak sebegini menjadi trend yang semakin dikenali di Kuala Lumpur namun kalau di Kelantan, belum ramai yang berani untuk menggunakannya pada kenderaan masing-masing.

“Selain minat mengubah suai kereta, saya juga seronok apabila ramai tertarik dan memandang ketika saya memandu kereta ini,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/114674/EDISI/Nampak-buruk-tapi-mahal
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
betul dah dia buat kereta tu... akan jadi kalis curi...
 
20 tahun pakai merz..

Mesti background family pun ade2..

Kalau tak, instafamous/sosmed fofular..

Tu je
 
Back
Top
Log in Register