BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kereta kelisa tiba-tiba mati

fuhrer_69

Active+ Member
Messages
3,257
Joined
Sep 18, 2013
Messages
3,257
Reaction score
797
Points
81
Salam warga CG, apa yang menyebabkan kereta kelisa aku tiba-tiba mati, selalu nye mati masa kereta dalam keadaan idle (tunggu traffic light).

Aku pernah hantar bengkel, pomen tu tukar plug, dengan cuci throttle body, tapi pakai tak sampai seminggu jadi balik.

Jadi apa sebenarnya masalah kereta aku ni? Fuel pump? Alternator?

Mana yang tahu serba banyak pasal kereta kelisa ni, cuba komen sikit aku nak kena buat apa.

kemaskini 1

Setakat dari tarikh posting aku yang pertama, sekarang dah hampir 15 hari aku pakai kereta kelisa tanpa sebarang masalah.
aku akan cuba lagi 2 ke 3 minggu untuk genapkan tempoh sebulan.

kalau tiada lagi kejadian enjin mati secara tiba-tiba, jadi aku boleh cakap masalah yang jadi pada kelisa aku disebabkan bateri kereta yang dah lemah.

sekian.
 
Last edited:
ni pun terjadi kat kawan tok... tp bawak viva.... bawak g pomen tak dapat nak cara punca.... risau selalu kena kat t.light.. last2 beli axia.. huhuhu
 
hantar balik ke pomen bagitau simtom sebelum enjin tu mati mungkin suhu overheat atau fuel filter yg x pernah tukar,
 
Makan modal style kawan tok setelkan masalah. Hahaha
 
hantar balik ke pomen bagitau simtom sebelum enjin tu mati mungkin suhu overheat atau fuel filter yg x pernah tukar,
Tu la, fuel filter ea. Pernah jugak terfikir pasal fuel filter ni, sebab memang tak pernah tukar

Ada kaitan dengan fius ataupun relay?
 
Dulu kereta Wira aku pun macam ni jugak. Tengah bawak laju atas lebuhraya PLUS...tetiba enjin mati...kelam kabut paut steering ke tepi. Mujur kereta tak banyak kt belakang. Berenti 5 minit start kereta hidup balik.
Yg aku dah buat kereta aku:-
1. Ganti ECU..jahanam RM700.00
2. Cuci TB berkali-kali.
3. Ganti spark plug.
4. Buang sarang dalam ekjos tu....pomen kata nanti angin senang masuk..senang keluar..lawas je.
5. Reset ecu je dah berbelas..mungkin berpuluh kali.

Rasanya dah banyak ribu habis kat kereta ni dalam dok cari punca tetiba enjin mati. Jumpa Pomen A...macam ni..jumpa pomen B macam ni..jumpa pomen C kaedah lain pulak.

Jual kereta kat adik aku pun sesekali jadi lagi. So adik aku jual kereta tu dan ambik Saga baru..aman hidup.
 
adoii, botak kepala nak tukar kereta baru. tapi tu la, tanya kat fb pun ramai tak pasti punca apa.

setakat ni yang aku nak cuba buat minta pomen ni tukar fuel filter. lepas tu tengok la pomen tu cakap perlu buat apa.

kereta aku ni banyak jadi masa tengah tunggu traffic light. ada sekali kena masa nak lalu dekat bonggol jalan, terus kereta mati.

harini baru wife aku cakap mati sekali lagi masa kat traffic light lepas hampir seminggu tukar plug, dan agak payah nak hidupkan kereta tu balik.
 
Try check battery and check alternator, sebab dlm idle mmg kena pakai battery
 
saya punya keta sebelum ni bila parking nak start tak nak hidup...( masa ni lampu indikator enjin dashboard belum keluar ).
bateri pula baru 1 tahun 2 bulan.
bila cucuk ecu detect oxygen sensor problem dah lama keta pun lebih 10 tahun.
tukar Rm 280 benda tu setel....
 
Dulu kereta Wira aku pun macam ni jugak. Tengah bawak laju atas lebuhraya PLUS...tetiba enjin mati...kelam kabut paut steering ke tepi. Mujur kereta tak banyak kt belakang. Berenti 5 minit start kereta hidup balik.
Yg aku dah buat kereta aku:-
1. Ganti ECU..jahanam RM700.00
2. Cuci TB berkali-kali.
3. Ganti spark plug.
4. Buang sarang dalam ekjos tu....pomen kata nanti angin senang masuk..senang keluar..lawas je.
5. Reset ecu je dah berbelas..mungkin berpuluh kali.

Rasanya dah banyak ribu habis kat kereta ni dalam dok cari punca tetiba enjin mati. Jumpa Pomen A...macam ni..jumpa pomen B macam ni..jumpa pomen C kaedah lain pulak.

Jual kereta kat adik aku pun sesekali jadi lagi. So adik aku jual kereta tu dan ambik Saga baru..aman hidup.
Sama mcm teman pakai Honda City GD8 byk jgk dh mkn modal repair mcm2,

mula2 fikir xpe la kereta pun dh lama mmg patut la repair part2 yg dh lama sgt tu tp sudahnya jual beli kereta baru sebab dh mls nk pening repair itu ini tiap2 bln dh rasa mcm byr installment plk..
 
Back
Top
Log in Register