BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Wajar Dedah Status Setiap Syor RCI Tabung Haji

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kerajaan Wajar Dedah Status Setiap Syor RCI Tabung Haji​

135ea8dc1c13333f4868a247ad978dce6a76fc7550dac


Kerajaan wajar mendedahkan status pelaksanaan setiap syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) bagi memastikan tahap kebertanggungjawaban yang lebih tinggi.

Pengarah strategi KRA Group Amir Fareed Rahim berkata perkara itu perlu merangkumi pengenalpastian agensi yang bertanggungjawab serta menetapkan garis masa yang realistik untuk menyelesaikan baki 25 peratus syor RCI berkenaan.

Beliau berkata perkara itu penting memandangkan syor yang masih belum dilaksanakan lebih kompleks berbanding 75 peratus yang telah dilaksanakan kerana melibatkan perubahan struktur, dan perundangan yang tidak boleh dilakukan hanya melalui arahan pengurusan dalaman.

“Perkara utama dalam hal ini, sudah tentu pada pindaan Akta Tabung Haji bagi memperkukuh tadbir urus, kebertanggungjawaban dan pemerhatian, yang memerlukan pindaan undang-undang di Parlimen,” katanya ketika menjadi tetamu dalam talian program Bernama World terbitan Bernama TV bertajuk , ‘Malaysia’s Haj Fund: The Government Push for Transparency and Reform’ di sini, hari ini.

Amir Fareed menyifatkan keputusan mengadakan sidang khas Dewan Rakyat pada esok sebagai langkah positif, dan ia akan lebih produktif sekiranya menumpukan kepada penelitian pelaksanaan kesemua 25 syor serta mengenal pasti syor yang memerlukan perubahan perundangan.

“Kedua, ahli Parlimen perlu meneliti bagaimana kebertanggungjawaban akan dilaksanakan. Mereka perlu bersetuju supaya audit forensik dan siasatan penguatkuasaan dijalankan bagi menentukan sama ada kegagalan itu berpunca daripada pertimbangan yang kurang tepat, kecuaian, pelanggaran tanggungjawab fidusiari atau unsur rasuah atau pelanggaran undang-undang lain.

“Ketiga, Parlimen perlu mewujudkan pengawasan secara berterusan. Sidang khas itu tidak seharusnya menjadi pengakhiran kepada proses berkenaan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan perlu menyediakan kemas kini secara berkala mengenai pembaharuan yang masih belum selesai, manakala agensi penguatkuasaan perlu melaporkan perkembangan setakat yang dibenarkan tanpa menjejaskan siasatan.

Mengulas keputusan untuk mengeluarkan laporan RCI itu, beliau berkata langkah berkenaan memperlihatkan keyakinan kerajaan bahawa masanya sesuai, khususnya ketika TH kini cukup kukuh untuk berdepan dengan pendedahan berkenaan dan kerajaan bersedia mempertahankan rekod pembaharuannya.

 
Back
Top
Log in Register