BTC USD 83,850.6 Gold USD 4,139.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan tidak pernah iktiraf CTOS

CTOS enggan patuh arahan henti operasi

KUALA LUMPUR: Pengurusan Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) tidak akan tunduk terhadap arahan supaya menghentikan serta-merta operasinya menjual maklumat kewangan peribadi kira-kira 780,000 individu.

Ketua Eksekutif CTOS, Chung Tze Keong, sebaliknya mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas, supaya menyenaraikan secara terperinci kesalahan yang dilakukan syarikat itu.

“Kami minta Kayveas menyatakan dengan jelas apakah undang-undang yang telah kami langgar dan di bawah akta apa. Jangan sekadar menuduh tanpa bersandarkan fakta,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Chung mengulas arahan Kayveas supaya CTOS menghentikan serta-merta operasinya kerana perbuatan itu didakwa menyalahi perlembagaan, mencabuli hak asasi rakyat dan mengganggu kehidupan orang ramai.

Kelmarin, Kayveas berkata, siasatan pihaknya mendapati CTOS tidak didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

CTOS juga didapati tidak menghantar laporan kewangan kepada SSM sepanjang tempoh 10 tahun lalu dan kali terakhir berbuat demikian pada 1997 dengan menyatakan memperoleh pendapatan RM1.2 juta.

Kayveas berkata, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalurkan serta membeli maklumat daripada CTOS.

Sehingga kini, pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa tempatan, hospital dan syarikat tertentu dikatakan menggunakan perkhidmatan CTOS.

Kira-kira 90 peratus daripada 780,000 individu yang tersenarai dalam sistem syarikat itu pula dikatakan Melayu dan sejak dua hari lalu, Kayveas menerima lebih 400 e-mel mengenai aduan berkaitan CTOS.

Chung menegaskan kenyataan Kayveas tidak berasas dan pihaknya sudah menghantar notis perundangan meminta timbalan menteri itu berhenti membuat dakwaan terhadap syarikat berkenaan.

Kayveas turut diberi tujuh hari untuk memberi penjelasan berhubung beberapa kenyataannya berkaitan syarikat itu sejak beberapa hari lalu.

“Komen dan kenyataan Kayveas tidak adil, bersifat tuduhan dan menjejaskan reputasi perniagaan kami,” katanya.

Chung mendakwa CTOS yang ditubuhkan sejak 1990, hanya menyediakan maklumat awal untuk membolehkan pihak berkenaan menilai keupayaan dan tahap risiko pelanggan atau bakal pelanggan mereka.

Sumber Berita Harian
 
Last edited:
melayu selalu tertindas.. huhu :)
 
baguslah klu kerajaan nak halang bank menggunakan ctos ni...cuma aku harap kerajaan mengkaji balik sistem Ccris....bg aku Ccris lg bahaya dri ctos.....

sbb tu skrg nak buat loan susah nak lulus atau nak lulus penuh sbb sistem Ccris ni lah....
 
Kasi hantuk kaw-kaw itu CTOS. Dengar khabar... Group CEO CTOS tu salah sorang SCAMMER HYIP yang begitu popular satu ketika dulu kat Malaysia ni.
JENG JENG JENG!!!!! BETUL KER?


HIDUP KAYVEAS!!!!!


KASI KOREK ITU LOBANG HABIS-HABISAN!!!!!
 
Last edited:
melayu selalu tertindas.. huhu :)

itu la pasal...90% yg tak buleh buat pinjaman disebabkan CTOS ni adalah org melayu bai...termasuk aku la tu...:mad: cilakak betoll!!:mad:
 
dan aku jugak...:D

termasok la kat dalam golongan tu... huuhuuhuuuu...:((

kasik padam sama dia...:p
 
apsal la thread ni tak popular ekk??...aku rasa isu ni patut dibincangkan...ke..semua masih menuntut lagi..tak pernah merasa lagi mcm mana kena penangan CTOS cilaka ni??..huhuuu
 
CTOS mmg macam centaka....aku apply kerja kat CIMB dah approved tapi 2 hari lepas tu kena reject sbb ada record kat CTOS...2 hari lepas tu aku buat loan keta RM 78000 approved tapi kena bayar rm 2000 kat CTOS ngan bank..baru dapat clearance...manyak centaka ler benda nee semua...malaysia ku oh malaysia ku!!!!!!
 
CTOS adalah salah satu bentuk penjajahan dan monopoli secara halus oleh 'tut' pada kita melayu dan generally pada malaysian.
 
CTOS mmg macam centaka....aku apply kerja kat CIMB dah approved tapi 2 hari lepas tu kena reject sbb ada record kat CTOS...2 hari lepas tu aku buat loan keta RM 78000 approved tapi kena bayar rm 2000 kat CTOS ngan bank..baru dapat clearance...manyak centaka ler benda nee semua...malaysia ku oh malaysia ku!!!!!!


ini la 1 dr 1000 kisah
tekanan atas org melayu....:(

aku ingatkan nak buat loan aje kena ctos ni
nak keja kena jugak...aduhhh...

dah dekat 10tahun CTOS baru ada menteri yg prihatin.
yg start prihatin pulak bukan menteri melayu...#:-S
ada apa2 ke ni....:-?
 
Back
Top
Log in Register