Hiro
Junior Member
- Messages
- 99
- Joined
- Jul 1, 2007
- Messages
- 99
- Reaction score
- 0
- Points
- 6
CTOS enggan patuh arahan henti operasi
KUALA LUMPUR: Pengurusan Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) tidak akan tunduk terhadap arahan supaya menghentikan serta-merta operasinya menjual maklumat kewangan peribadi kira-kira 780,000 individu.
Ketua Eksekutif CTOS, Chung Tze Keong, sebaliknya mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas, supaya menyenaraikan secara terperinci kesalahan yang dilakukan syarikat itu.
“Kami minta Kayveas menyatakan dengan jelas apakah undang-undang yang telah kami langgar dan di bawah akta apa. Jangan sekadar menuduh tanpa bersandarkan fakta,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Chung mengulas arahan Kayveas supaya CTOS menghentikan serta-merta operasinya kerana perbuatan itu didakwa menyalahi perlembagaan, mencabuli hak asasi rakyat dan mengganggu kehidupan orang ramai.
Kelmarin, Kayveas berkata, siasatan pihaknya mendapati CTOS tidak didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
CTOS juga didapati tidak menghantar laporan kewangan kepada SSM sepanjang tempoh 10 tahun lalu dan kali terakhir berbuat demikian pada 1997 dengan menyatakan memperoleh pendapatan RM1.2 juta.
Kayveas berkata, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalurkan serta membeli maklumat daripada CTOS.
Sehingga kini, pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa tempatan, hospital dan syarikat tertentu dikatakan menggunakan perkhidmatan CTOS.
Kira-kira 90 peratus daripada 780,000 individu yang tersenarai dalam sistem syarikat itu pula dikatakan Melayu dan sejak dua hari lalu, Kayveas menerima lebih 400 e-mel mengenai aduan berkaitan CTOS.
Chung menegaskan kenyataan Kayveas tidak berasas dan pihaknya sudah menghantar notis perundangan meminta timbalan menteri itu berhenti membuat dakwaan terhadap syarikat berkenaan.
Kayveas turut diberi tujuh hari untuk memberi penjelasan berhubung beberapa kenyataannya berkaitan syarikat itu sejak beberapa hari lalu.
“Komen dan kenyataan Kayveas tidak adil, bersifat tuduhan dan menjejaskan reputasi perniagaan kami,” katanya.
Chung mendakwa CTOS yang ditubuhkan sejak 1990, hanya menyediakan maklumat awal untuk membolehkan pihak berkenaan menilai keupayaan dan tahap risiko pelanggan atau bakal pelanggan mereka.
Sumber Berita Harian

Last edited: