BTC USD 83,710.8 Gold USD 4,157.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan tidak pernah iktiraf CTOS

ini la 1 dr 1000 kisah
tekanan atas org melayu....:(

aku ingatkan nak buat loan aje kena ctos ni
nak keja kena jugak...aduhhh...

dah dekat 10tahun CTOS baru ada menteri yg prihatin.
yg start prihatin pulak bukan menteri melayu...#:-S
ada apa2 ke ni....:-?

aku tambah lagi, bkn dari 3 parti utama B.N
 
Laling lak dalam kes camni ambik dari segi positive..Nilah namanya maklumat ialah duit $$$ bukan sikit tapi banyak..bukan kat online je leh apply offline pon boleh diniagakan maklumat ni..So kalau kita ada maklumat data,statistik,katalah kita ada senarai yg sentiasa update No.Handphone Nama dan alamat orang melayu umur 20-30 tahun kat Malaysia ni.. Duit tu jual list kat UMNO,IPTS yg kenakan yuran cekik darah,Dealer kereta,Syarikat berbayar mencari jodoh,Agensi mencari kerja berbayar,Agent Card Credit dan 1000 macam boleh kita manipulasikan...:-?

:)paid
 
hahahaha...

tapi aku rasa x iktiraf pun sbb ctos x bayar tax dah brp lama dah...setahun paling kurang rm12 juta...mau kerajaan x angin..

tapi pape pun kalo korang nak wat loan, aku boley tolong....blacklist terutamanya....LOAN UTK KETE!!
 
CTOS hadapi 87 tuduhan
Oleh Munira Yusoff

4 pegawai tertinggi tak mengaku salah langgar Akta Syarikat 1965

KUALA LUMPUR: Agensi pembekal maklumat kewangan, CTOS Sdn Bhd (CTOS) serta tiga syarikat bersekutu dan empat pegawai kanannya menghadapi 87 tuduhan berasingan di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini semalam, kerana melanggar peruntukan Akta Syarikat 1965.

CTOS serta CTOS EMR Sdn Bhd (CEMR) dan CTOS Data System Sdn Bhd (CDS) masing-masing menghadapi enam tuduhan, manakala satu lagi syarikat bersekutunya, CTOS Business System Sdn Bhd (CBS) didakwa atas satu tuduhan.

Pengarah keempat-empat syarikat itu, Chung Tze Wen, 49, mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Syahrin Jeli Bohari.

Tze Wen juga serta abangnya, Tze Keong, 51, yang juga pengarah syarikat itu, masing-masing didakwa atas 17 tuduhan di Mahkamah Majistret serta dua lagi tuduhan di Mahkamah Sesyen.

Di Mahkamah Majistret yang sama, dua setiausaha syarikat berkenaan, Chiam Tow Loon, 52, dan Leonie Lee Shuet Fong, 42, masing-masing didakwa atas 15 tuduhan.

CTOS, CDS dan CEMR masing-masing didakwa gagal menyerahkan penyata tahunan syarikat antara 2003 hingga 2006. CTOS juga didakwa gagal menyerahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan 2006, yang sepatutnya diserahkan dalam tempoh 15 hari selepas mesyuarat diadakan.

Selain itu, CTOS, CDS dan CBS masing-masing didakwa gagal mempamerkan nama syarikat dalam tulisan Rumi di pejabat mereka di 221-C Jalan Mahkota, Taman Maluri, Cheras, bulan lalu.

Empat pegawai syarikat terbabit pula masing-masing didakwa gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi CTOS, CDS dan CEMR pada 2006, selain gagal menyerahkan penyata tahunan antara 2003 dan 2006.

Kesalahan gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan boleh didenda maksimum RM2,000 mengikut Seksyen 165(4) Akta Syarikat 1965, manakala kegagalan mengemukakan penyata tahunan membawa hukuman denda maksimum RM5,000 mengikut Seksyen 143(1) akta sama.

Kegagalan mempamerkan nama syarikat pula boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 mengikut Seksyen 121(3) akta sama.

Syahrin menetapkan sebutan kes Chiam dan Leonie pada 27 Julai ini membolehkan kedua-duanya melantik peguam bela.

Mahkamah yang sama menetapkan 2 Ogos untuk mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Muhd Zulkhairi Kamaruzaman dan peguam Ashok Kandiah sama ada kes Tze Keong dan Tze Wen patut dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen.

Ini kerana dua beradik itu turut menghadapi dua tuduhan berasingan di Mahkamah Sesyen atas dakwaan gagal membentangkan Akaun Untung dan Rugi CDS dan CEMR bagi tahun kewangan berakhir 2005. Setiap tuduhan itu membawa hukuman denda maksimum RM30,000 atau penjara lima tahun mengikut Seksyen 169(1) Akta Syarikat 1965.

Hakim Akhtar Tahir menetapkan 12 Julai ini untuk mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya A Narainasamy dan Ashok sama ada dua tuduhan itu patut dibicarakan bersama.

Sementara itu, di luar mahkamah, Ashok berkata anak guamnya kecewa kerana pihak media dimaklumkan lebih awal mengenai kes itu.

“Anak guam kami hanya diserahkan saman berkenaan malam tadi, tetapi mengambil inisiatif sendiri untuk hadir di mahkamah bagi kes ini,” katanya.

antara sebab2 CTOS jadi issue
1. CTOS tak bayar cukai kepada kerajaan
2. Ramai sgt ahli politik korporat kena CTOS
3. nak dekat PRU, memancing laa apa lagi
 
haaaa kan dah CTOS kene sue...kakaaka..padan muke sekor2 adik beradik tu..
 
padan muka..rupa2nya derang bukak mcm2 kompeni lagik ek ..tamak gila beb..cilaka tul
 
Ambil tindakan terhadap CTOS – Abdullah

http://www.utusan.com.my/utusan/con...&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm


PULAU PINANG 8 Julai – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan pihak-pihak bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap operasi Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) sekiranya syarikat itu terbukti melanggar peraturan.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan tidak akan mengecualikan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang daripada dikenakan tindakan.

‘‘Orang berkenaan (Bank Negara dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia) kenalah ambil tindakan,” tegasnya pada sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Kesedaran Alam Sekitar, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai isu berhubung CTOS yang didakwa oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas, menggunakan perkataan ‘biro’ dalam memorandum tataurusnya, yang membolehkan pendaftarannya dibatalkan serta-merta.

Ini memandangkan penggunaan perkataan ‘biro’ bagi merujuk kepada syarikat itu adalah satu kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) kerana ia hanya boleh diguna pakai setelah mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM).

Semalam, Kayveas berkata, CTOS turut melakukan satu kesalahan lain yang membolehkannya dibatalkan apabila objektif penubuhan syarikat yang dicatatkan di dalam memorandum itu berlainan dengan operasi sebenar yang menjual maklumat kewangan peribadi.

CTOS, menurutnya, melanggar tujuh undang-undang negara termasuk Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 berhubung larangan mencetak, menjual dokumen dan penerbitan.

Ketua Pegawai Eksekutif CTOS, Chung Tze Keong sebelum itu berkata, syarikat berkenaan akan tetap beroperasi seperti biasa kerana jenis perniagaan yang dijalankannya sejak 17 tahun lalu adalah sah mengikut undang-undang.

kasi tutup terusssssss
 
yg pelik BNM diam membisu smpi skrg. nape yek? atau aku terlepas pandang
 
yg pelik BNM diam membisu smpi skrg. nape yek? atau aku terlepas pandang

tul gak tuh..
ada 2 kemungkinanlaa..
satu derang maybe sdg buat satu rangka tindakan utk CTOS nih..
satu..dlm organisation BNM jugak ada kepentingan tersendiri..sape tau? lagipun dlm BNM tu ramai gak ca ya nun alip
 
tul gak tuh..
ada 2 kemungkinanlaa..
satu derang maybe sdg buat satu rangka tindakan utk CTOS nih..
satu..dlm organisation BNM jugak ada kepentingan tersendiri..sape tau? lagipun dlm BNM tu ramai gak ca ya nun alip

keke....amik tindakkan pe nyer.BNM dah ada ccris, tp kenapa mcm mati je benda tu? knpbank jadikan ctos sbg rujukkan bukannay ccris?

tak ke pelik bin ajaib?sedangkan ccris diiktiraf bnm tp ctos tak. bnm dah tau benda ni lama tp dok diam je.

sama ada BNM buta mcm MYCIRET(MYCERT) yg pandai2 kate CG skim pelaburan tenet satu ketika dahulu

atau

mmg org dlm BNM ada kepentingan. :D
 
Back
Top
Log in Register