BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Tidak Anjur Rumah Terbuka Aidilfitri, Hadkan Lawatan Luar Negara Menteri - Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
bca309b94d83e5a250f964fd493b22a369b12f73e2977


Semua kementerian, agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak akan menganjurkan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri tahun ini, sebagai langkah berjimat cermat susulan ketidaktentuan ekonomi global akibat konflik di Asia Barat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan yang dipersetujui Jemaah Menteri itu bertujuan memberi mesej jelas bahawa kerajaan komited mengambil pendekatan lebih sederhana dan berhemat dalam perbelanjaan.

“Sebagai petanda supaya pimpinan memulakan langkah yang lebih positif, saya telah memutuskan bersama dengan Jemaah Menteri tadi supaya semua agensi kerajaan dan GLIC (syarikat pelaburan berkaitan kerajaan) tidak akan menganjurkan perayaan rumah terbuka.

“Ada yang bertanya kalau keadaan terkawal, harga dan barang keperluan seperti minyak dan gas masih boleh disediakan dan mencukupi, apa keperluan kita (untuk) waspada dan berjimat?

"Saya kata ini langkah waras bagi kita supaya jangan nanti terjebak dengan keadaan lebih parah. Jadi sebaiknya ambil sikap sederhana, lebih bertanggungjawab,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan, pada sidang media khas perkembangan mutakhir konflik di Asia Barat hari ini.

Selain pembatalan majlis rumah terbuka, Anwar berkata menteri dan anggota pentadbiran turut dihadkan daripada melakukan lawatan ke luar negara, kecuali bagi urusan yang telah dijadualkan atau wajib dihadiri.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan di Asia Barat dan merancang langkah untuk memastikan kelangsungan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

 

Rumah Terbuka Aidilfitri Dibatalkan — Siapa Sebenarnya Rugi?​

Tahun ini kerajaan Malaysia membuat satu keputusan yang agak luar biasa — tiada rumah terbuka Aidilfitri peringkat kerajaan, kononnya atas alasan berjimat.

Persoalannya sekarang… adakah ini tanda disiplin fiskal kerajaan?
Atau sebenarnya ia memberi satu isyarat yang jauh lebih besar kepada pelabur dan ekonomi negara?

 

SANUSI SOKONG LANGKAH PM TIDAK ANJUR RUMAH TERBUKA​

March 13, 2026


fa909c75-9dfc-419e-bd86-08c0e606a8d8.jpeg




“JEMPUT BERKONGSI RAYA DI SERI MENTALOON”

Oleh: Roslinda Hashim

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyokong langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri oleh kementerian dan agensi kerajaan bagi mengelakkan perbelanjaan tinggi.

Beliau berkata, keputusan tersebut wajar memandangkan penganjuran rumah terbuka di peringkat Persekutuan melibatkan banyak kementerian dan jabatan, menyebabkan kos meningkat.

“Kalau Kerajaan Persekutuan batalkan penganjuran, itu bagus sebab agensi mereka banyak. Tengok sahaja kementerian ada lebih 30, belum termasuk jabatan di bawahnya lagi. Kalau semua buat, kos jadi tinggi.

“Sebab itu saya sokong langkah Perdana Menteri hadkan penganjuran rumah terbuka. Disebabkan tiada penganjuran di peringkat Persekutuan, saya jemput pakat-pakat mai berkongsi Raya di Seri Mentaloon,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Kongsi Kegembiraan Aidilfitri Bersama Anak Yatim di Bazar Raya Stadium Darul Aman, hari ini.

Menurut Sanusi, Kerajaan Negeri Kedah hanya menganjurkan satu majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Seri Mentaloon pada 27 Mac ini.

Katanya, persiapan bagi majlis tersebut sedang giat dijalankan termasuk pemasangan khemah serta tempahan makanan, selain ia turut membantu merancakkan ekonomi pengusaha tempatan.

“Di Kedah kita buat satu majlis sahaja. Persiapan sedang dibuat, ini juga membantu ekonomi pengusaha tempatan kerana acara ini diadakan setahun sekali, bukan selalu.

“Kita jemput semua orang datang pakat-pakat mai kongsi raya di Seri Mentaloon 27 Mac nanti,” ujarnya.

Tambah beliau, majlis yang bermula dari pukul 5 petang hingga 11 malam itu bakal menyediakan pelbagai juadah kepada pengunjung dengan penyertaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang turut menaja makanan.

“Penganjuran di Kedah, belanja murah sebab di sini kita buat gotong-royong. Kerajaan Negeri bersama GLC semua kongsi buat sekali di Seri Mentaloon, mereka pun jadikanlah Rumah Terbuka mereka serentak,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan agensi di peringkat negeri supaya turut mengehadkan penganjuran rumah terbuka dan sebaliknya bersama-sama memeriahkan majlis di Seri Mentaloon.

“Saya nasihatkan di Kedah pun hadkan penganjuran, sama seperti nasihat Perdana Menteri. Datang sahaja ke Seri Mentaloon, kita buat sekali dan meriahkan bersama,” katanya.

Sanusi berkata, Kerajaan Negeri telah lama mengamalkan budaya berjimat cermat sejak awal pentadbirannya sehingga berjaya mencatat lebihan akaun setiap tahun.

“Kita berjimat bukan hari ini sahaja. Sejak awal mentadbir Kedah kita sudah berjimat. Sebab itu akaun negeri ditutup setiap tahun dengan lebihan (surplus). Kerajaan negeri berbelanja secara berhemah, tidak boleh merapu dalam perbelanjaan, di Kedah ini bukan satu langkah baru,” ujarnya.

Mengulas mengenai jemputan kepada pemimpin Pusat termasuk Perdana Menteri, Sanusi berkata, majlis tersebut terbuka kepada semua tanpa mengira latar belakang politik.

“Open house, siapa-siapa pun boleh hadir. Tak kira parti lain ke parti saya, rakan taulan atau musuh ketat, semua boleh datang,” katanya.

Pada 11 Mac lalu, Perdana Menteri mengumumkan semua kementerian, agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak akan menganjurkan majlis rumah terbuka Aidilfitri tahun ini sebagai langkah berjimat cermat berikutan ketidaktentuan ekonomi global susulan konflik di Asia Barat.

Beliau berkata, keputusan yang dipersetujui Jemaah Menteri itu bertujuan memberi mesej jelas bahawa kerajaan komited mengambil pendekatan lebih sederhana dan berhemat dalam perbelanjaan negara.

Langkah penjimatan yang dilaksana kerajaan ini susulan ketegangan terus memuncak di Asia Barat dengan kesannya mula dirasai ke atas ekonomi negara.

 
ape punye sial lahh..langkah berjimat konon..

1776420199754.png
 
Back
Top
Log in Register