combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kerajaan Tanggung Kos Penghantaran Ubat 80,000 Pesakit Di Bawah UMP Mulai Julai - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Pelaksanaan Inisiatif Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA) di Kementerian Kesihatan hari ini. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kerajaan akan menanggung sepenuhnya kos penghantaran ubat kepada kira-kira 80,000 pesakit sebulan menerusi Program Ubat Melalui Pos (UMP), yang dijangka bermula Julai ini, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Beliau berkata inisiatif hasil kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu melibatkan anggaran kos RM5.69 juta setahun yang akan ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Komunikasi dan MCMC.
“Langkah itu membolehkan pesakit yang layak di bawah program UMP tidak lagi perlu menanggung kos penghantaran ubat mereka sendiri.
"Kita harap menjelang bulan 7 (Julai) ini dah boleh mula di setiap negeri. Jadi (kos penghantaran) tidak perlu lagi ditanggung oleh mana-mana pihak, terutama oleh para pesakit sendiri. Jadi akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KKM dan MCMC bagi inisiatif Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA), di sini, hari ini.
Fahmi berkata pemilihan pesakit yang layak menerima manfaat itu akan ditentukan sepenuhnya oleh KKM di bawah program UMP, manakala perkhidmatan penghantaran akan diuruskan melalui Pos Malaysia sebagai pemegang lesen di bawah MCMC.
Mengenai PERSADA, beliau berkata kos keseluruhan inisiatif itu dianggarkan bernilai RM650 juta bagi memperkukuh pendigitalan sistem kesihatan negara.
Katanya, pelaksanaan program itu akan dilaksanakan menerusi dua fasa, dengan fasa pertama melibatkan anggaran kos RM74 juta.
Beliau berkata dana bagi pelaksanaan PERSADA akan diuruskan oleh MCMC menerusi Universal Services Provision Fund (USP).
Loading…
www.bernama.com