BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Persekutuan Peruntuk RM100,000 Naik Taraf Kemudahan Kampung Warisan Di Sepanggar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kerajaan Persekutuan Peruntuk RM100,000 Naik Taraf Kemudahan Kampung Warisan Di Sepanggar​

696e84b5b42cdcf5614742f16de0f6876a8959635f123


Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM100,000 bagi menaik taraf kemudahan di Kampung Warisan, Sepanggar, di sini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berkata peruntukan itu melibatkan RM50,000 bagi kerja baik pulih dewan dan RM50,000 lagi untuk menaik taraf tempat letak kereta di kawasan berkenaan.

Beliau berkata dua projek berkenaan dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akan dilaksanakan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Jadi saya harap program ini akan memberi manfaat kepada masyarakat Kampung Warisan,” katanya ketika berucap pada Program MADANI Kita Bersama Komuniti Darau @Sepanggar di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah, Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Mohd Razali Wahab dan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Mohd Hisyamuddin Ghazali.

Mustapha berkata Kerajaan Persekutuan turut meneliti permohonan menaik taraf masjid di Kampung Warisan dan pihak ICU JPM telah beberapa kali melakukan lawatan ke lokasi berkenaan.

Beliau berkata bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan terutamanya melibatkan isu tanah.

“Kalau kita boleh selesaikan isu tanah ini, saya fikir banyak projek yang kita boleh bawa ke Kampung Warisan ini,” katanya.

Program MADANI Kita Bersama Komuniti Darau yang berlangsung sejak semalam itu menghimpunkan kira-kira 1,300 pengunjung menerusi pelbagai aktiviti untuk masyarakat setempat.

 
Back
Top
Log in Register