BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Perluas Surau Jumaat Di Lokasi Strategik, Pusat Beli Belah Dan R&R - Zulkifli

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
8682f85dc3a3302c0326b6b9072c8cc6698eef789d4f3

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan (dua,kiri) menyerahkan watikah kepada Pengerusi Affin Bank Datuk Aqil Natt (tiga,kiri) pada majlis penyerahan watikah Solat Jumaat Surau Irtifa' Menara Affin dan pelancaran rasmi aplikasi UsimMasjidPro di Menara Affin Tun Razak Exchange (TRX).

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan mengalu-alukan usaha pelbagai pihak dalam mengimarahkan masjid dan surau di negara ini, termasuk penaiktarafan surau Jumaat di lokasi strategik seperti pusat beli-belah serta kawasan rehat dan rawat (R&R) lebuh raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata pihaknya kini giat memperluas kemudahan surau Jumaat di lokasi strategik berkenaan berikutan projek perintis di R&R Seremban serta di IOI Mall Putrajaya menerima sambutan menggalakkan dengan kehadiran ribuan jemaah, sekali gus membuktikan keperluan kemudahan tersebut.

“Jika sebelum ini pihak yang ingin membina surau Jumaat perlu memohon, kini kami pula yang turun mencari lokasi sesuai. Kita telah menggerakkan pasukan untuk mengenal pasti tempat yang berpotensi, termasuk di pusat beli-belah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan watikah Solat Jumaat Surau Irtifa’ Menara Affin dan pelancaran rasmi aplikasi UsimMasjidPro, iaitu bagi mentransformasikan pengurusan masjid dan komuniti kariah ke arah digital secara lebih sistematik, telus dan efisien di Menara Affin Tun Razak Exchange (TRX) di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Affin Bank Datuk Aqil Natt, Ahli Lembaga Pengarah USIM Datuk Dr Hasan Baharom dan Pengerusi USIM Holdings, Mohd Khair Ngadiron.

Zulkifli berkata antara lokasi yang kini sedang dinaik taraf bagi membolehkan solat Jumaat dilaksanakan ialah di beberapa pusat beli-belah termasuk Alamanda serta beberapa R&R di lebuh raya.

Beliau turut memaklumkan ketika ini Malaysia mempunyai lebih 6,784 masjid berdaftar, lebih 1,000 surau Jumaat dan lebih 18,000 surau.

Sementara itu, Mohd Khair berkata sebanyak 500 masjid di seluruh negara telah berdaftar sebagai pengguna aplikasi UsimMasjidPro yang dilancarkan hari ini, sekali gus mencerminkan tahap penerimaan yang memberangsangkan terhadap inisiatif pendigitalan pengurusan institusi masjid.

“Ia bukan sekadar sebuah aplikasi, sebaliknya satu ekosistem pintar yang memudahkan pengurusan masjid dan komuniti kariah secara digital.

 
Back
Top
Log in Register