BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Perkukuh Langkah Tangani Krisis Bekalan Global, Lindungi Rakyat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
d0c04daade7d8b071c6876298bb5d76367d838636c7f8

Muhammad Kamil Abdul Munim

Kerajaan kekal komited memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara melalui pelbagai inisiatif subsidi dan bantuan bersasar, meskipun berdepan cabaran krisis bekalan global serta tekanan terhadap kedudukan fiskal negara.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim berkata kerajaan pada masa sama turut memperkukuh strategi mempelbagaikan sumber bekalan bagi mengelakkan gangguan rantaian yang boleh menjejaskan ekonomi negara.

“Pada masa sama, kita melihat (keperluan untuk) mempelbagaikan sumber yang tidak tertumpu kepada satu-satu negara sahaja, tetapi meneroka peluang dan juga ruang yang ada dengan negara-negara lain supaya bekalan itu tidak terputus.

“Ini yang membezakan kita dengan negara-negara jiran berhampiran dengan kita,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara bertajuk Krisis Bekalan Global terbitan Bernama TV malam ini.

Beliau turut menjelaskan perubahan kedudukan Malaysia sebagai negara minyak yang kini tidak lagi menjadi pengeksport bersih, sekali gus meningkatkan kebergantungan kepada import luar.

Mengulas mengenai impak krisis global terhadap bekalan tenaga, beliau berkata sebahagian besar sumber import Malaysia masih bergantung kepada rantau Asia Barat yang turut terkesan dengan ketegangan geopolitik.

Muhammad Kamil berkata kerajaan terus memperkukuh pelbagai bentuk bantuan termasuk Sumbangan Tunai Rahmah(STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) serta peningkatan kadar bantuan bersasar kepada golongan memerlukan bagi menangani kos sara hidup.

Beliau berkata setakat April 2026, penerima STR dan SARA bulanan mencecah 8.6 juta, keseluruhannya  memberi manfaat kepada 22 juta rakyat di negara ini.

Muhammad Kamil turut menegaskan isu kos sara hidup kekal menjadi cabaran berterusan, namun kerajaan mengambil langkah penguatkuasaan dan intervensi pasaran bagi mengelakkan manipulasi harga.

 
Back
Top
Log in Register