BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan bazir RM1 bilion

wak_handalan

Super Active Member
Messages
6,680
Joined
Feb 8, 2010
Messages
6,680
Reaction score
59
Points
80
Oleh HATA WAHARI
[email protected]

KUALA LUMPUR 21 Mac – Kerajaan membazirkan RM1 bilion setiap tahun kerana terpaksa memberikan subsidi bagi menampung penggunaan 1.2 juta tan metrik gula kepada rakyat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu, penggunaan gula yang banyak bukan sahaja tidak memberi faedah malah ia mencetuskan pembaziran dan masalah kesihatan di kalangan rakyat.

Setiap rakyat membazirkan RM5,400 setahun kerana gula yang digunakan tidak memberi apa-apa faedah kepada tubuh badan malahan ia menyebabkan masalah kegemukan serta obesiti.

“Pada masa ini, 60 peratus daripada mereka yang berusia 18 tahun berhadapan dengan masalah tersebut.

Penggunaan gula di kalangan orang dewasa di negara ini adalah 100 gram setiap hari iaitu 51 gram gula pasir, 30 gram susu dan 21 gram pemanis lain dan melebihi kadar yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula dengan slogan “Satu Sudu Sudah Cukup! Kurang Lebih Baik” di Jaya Jusco Metro Prima di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalannya, Datuk Rosnah Shirlin Abdul Rashid Shirlin.

Kempen selama enam bulan itu turut dijayakan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Tiong Lai memberitahu, kempen mengurangkan pengambilan gula merupakan sebagai lanjutan kepada beberapa kempen lain yang dilaksanakan sebelum ini iaitu mempromosikan amalan pemakanan secara sihat.

Jelas beliau, inisiatif ini telah dilaksanakan sejak 1991 dengan penyampaian mesej utama ialah mengurangkan pengambilan gula serta ia diperkukuhkan lagi dengan Kempen Cara Hidup Sihat pada 1997.

“Kementerian dalam melaksanakan kempen ini juga telah meminta kerjasama daripada industri makanan dengan meminta mereka menghasilkan makanan yang kurang atau bebas gula.

“Saya meminta pihak industri dapat mengenakan harga yang lebih murah bagi makanan yang kurang atau bebas gula agar ia menjadi pilihan orang ramai,” katanya.

Beliau juga meminta orang ramai agar membaca label makanan untuk mengetahui kandungan gula dalam makanan tersebut dalam usaha mendidik diri mengamalkan pemakanan secara sihat.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/inf...Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm

100gram x 365hari = 36.5 kg penggunaan gula 1 seorg rakyat malaysia

36.5Kg x rm1.60 (harga semasa gula) = RM58.40

mne lak datangnye RM5,400 setahun tuuu ~X( ~X( :(scam
 
haha menolong rakyat pun di kira satu pembaziran ke?lagi membazir kalau rakyat membayar gaji kakitangan kerajaan yg tak membuat kerja dgn betul..bila kuar paper sesuatu kes baru nak rush,konon2 nya buat kerja..pada hal haprak..
 
[B said:
100gram x 365hari = 36.5 kg penggunaan gula 1 seorg rakyat malaysia

36.5Kg x rm1.60 (harga semasa gula) = RM58.40

mne lak datangnye RM5,400 setahun tuuu ~X( ~X( :(scam[/B]

dia igt wa ni mandi gule kot:)):)):D
 
diorang kira gula sekilo RM1000. bsk dorg cakap silap taip.
 
RM 5,400 / 365 = RM 14.80

Gula sepeket pun RM 1.60. Itu pun guna 16 sen je paling kuat sehari. Agaknye menteri2 yang guna sampai RM 14.80 sehari kot.
 
menteri dah terbiasa markup harga kot... :D , tu yg jadi rm5k/year
 
RM 5,400 / 365 = RM 14.80

Gula sepeket pun RM 1.60. Itu pun guna 16 sen je paling kuat sehari. Agaknye menteri2 yang guna sampai RM 14.80 sehari kot.

menteri mana minum gula,org2 kaya pakai madu je..takut kena kencing manis..:D
 
Memang sah pas nih naik lagi harga gula... :-?:-?
 
Main ikut sedap mulut aje Menteri ni bercakap tanpa usul periksa terlebih dahulu. Mimpi yg indah selama ni bila dah bertukar jd mimpi buruk dan ngeri, baru tersedar gula bawa penyakit. memang bawa penyakit apabila terlebih dos. Kjaan bagi subsidi utk rakyat bagus laa tu tapi org tengah yg terlampau ambil laba berlebih2 tu yg buat rugi. Apabila kjaan rugi maknanya tak cekap dlm perlaksanaan dan menguruskan subsidi ni. Mesti ada udang balik mee. Kena samun dana ni secara senyap
 
Back
Top
Log in Register