BTC USD 61,702.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan bazir RM1 bilion

Oleh HATA WAHARI
[email protected]

KUALA LUMPUR 21 Mac – Kerajaan membazirkan RM1 bilion setiap tahun kerana terpaksa memberikan subsidi bagi menampung penggunaan 1.2 juta tan metrik gula kepada rakyat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu, penggunaan gula yang banyak bukan sahaja tidak memberi faedah malah ia mencetuskan pembaziran dan masalah kesihatan di kalangan rakyat.

Setiap rakyat membazirkan RM5,400 setahun kerana gula yang digunakan tidak memberi apa-apa faedah kepada tubuh badan malahan ia menyebabkan masalah kegemukan serta obesiti.

“Pada masa ini, 60 peratus daripada mereka yang berusia 18 tahun berhadapan dengan masalah tersebut.

Penggunaan gula di kalangan orang dewasa di negara ini adalah 100 gram setiap hari iaitu 51 gram gula pasir, 30 gram susu dan 21 gram pemanis lain dan melebihi kadar yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula dengan slogan “Satu Sudu Sudah Cukup! Kurang Lebih Baik” di Jaya Jusco Metro Prima di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalannya, Datuk Rosnah Shirlin Abdul Rashid Shirlin.

Kempen selama enam bulan itu turut dijayakan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Tiong Lai memberitahu, kempen mengurangkan pengambilan gula merupakan sebagai lanjutan kepada beberapa kempen lain yang dilaksanakan sebelum ini iaitu mempromosikan amalan pemakanan secara sihat.

Jelas beliau, inisiatif ini telah dilaksanakan sejak 1991 dengan penyampaian mesej utama ialah mengurangkan pengambilan gula serta ia diperkukuhkan lagi dengan Kempen Cara Hidup Sihat pada 1997.

“Kementerian dalam melaksanakan kempen ini juga telah meminta kerjasama daripada industri makanan dengan meminta mereka menghasilkan makanan yang kurang atau bebas gula.

“Saya meminta pihak industri dapat mengenakan harga yang lebih murah bagi makanan yang kurang atau bebas gula agar ia menjadi pilihan orang ramai,” katanya.

Beliau juga meminta orang ramai agar membaca label makanan untuk mengetahui kandungan gula dalam makanan tersebut dalam usaha mendidik diri mengamalkan pemakanan secara sihat.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/inf...Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm

100gram x 365hari = 36.5 kg penggunaan gula 1 seorg rakyat malaysia

36.5Kg x rm1.60 (harga semasa gula) = RM58.40

mne lak datangnye RM5,400 setahun tuuu ~X( ~X( :(scam

ni nak buat alasan nak naik harga gula??
 
lagi membazirkan duit sara pendatang asing kat kem tuh....
 
waaa..subsidi pun kira membazir ke..dh xde otak tul gomen nih..ni satu statement paling ******* pnh aku dgr..:D:D
 
ni entah2 takde.. sengaja di buat2.. xpun guna tu nak tutup kes2 dorang ni..macam2 lah.. asalkan jangan bersetankol ngan yahudi sudah..
 
kene ambil kira juga bukan rakyat malaysia yang pakai gula kat malaysia ni.

1:1000.

well..u know la kan. nama pun pak menteri malaysia, mana boleh silap beb. hoho..
 
Semua subsidi....? ngeh ngeh.........
 
hari2 cite gula,minyak gula,minyak..cube cite lain plak..kerajaan kerajaan..
 
aku kat rumah 1kg tahan 4 bulan....
jadi 1 tahun hanya beli 3 kg aje..

org sibuk2 cari gula..aku relex aje
 
kerajaan dah takde duit. tnyalah setiap jabatan kerajaan. isu gula, minyak ke apa2 yang digembar gembur ni, tak lain tak bukan, nak naikkan harga la tu. tengok lah nanti.
 
Back
Top
Log in Register