BTC USD 81,115.0 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keputusan Kabinet

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

KUALA LUMPUR 3 April - Kabinet memutuskan agar perkhidmatan tambah nilai prabayar telefon bimbit tidak mengalami kenaikan harga walaupun cukai barang dan perkhidmatan (GST) dikenakan.

Keputusan mesyuarat Jemaah Menteri hari ini itu dibuat setelah mengambil kira sebanyak 44 peratus daripada lebih 25,000 aduan mengenai GST adalah rungutan terhadap kenaikan harga kad tambah nilai prabayar telefon bimbit sebanyak enam peratus.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, isu kad tambah nilai prabayar telefon bimbit telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet berikutan pelbagai kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Sebanyak 44 peratus daripada aduan mengenai GST adalah berkaitan nilai prabayar telefon bimbit, sehubungan itu, mesyuarat Kabinet yang diadakan hari ini mengarahkan agar harga nilai prabayar telefon bimbit yang sebelum ini RM10 dikekalkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kad tambah nilai prabayar telefon bimbit merupakan antara isu yang menjadi rungutan orang ramai berikutan harga perkhidmatan berkenaan tidak sepatutnya meningkat kerana kadar enam peratus GST adalah bersamaan kadar enam peratus cukai perkhidmatan yang dikenakan sebelum ini.

Ramai pengguna merungut kerana terpaksa membayar RM10.60 bagi kad tambah nilai prabayar berharga RM10 selepas pelaksanaan GST bermula 1 April lalu.

Penyelesaian sementara yang diumumkan oleh Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk T. Subromaniam semalam bagaimanapun membenarkan harga nilai prabayar dinaikkan dengan syarat masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) ditambah.

Sebagai contoh, syarikat telekomunikasi bersetuju untuk menjual kad tambah nilai prabayar pada harga RM10.60 dengan pengguna diberi masa berbual tambahan dan khidmat pesanan ringkas melebihi RM1.

Dalam pada itu, menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, mesyuarat Kabinet yang membincangkan isu perkhidmatan tambah nilai prabayar berpendapat harga yang dikenakan sebelum ini perlu kekal.

“Kita sudah berbincang dan Kabinet berpandangan bahawa janji awal bahawa harga tambah nilai prabayar telefon bimbit kekal mesti dipatuhi. Perkara ini diserahkan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek untuk berbincang dengan syarikat-syarikat telekomunikasi,” katanya.
 
kenapa bulan depan? bukan sebelum gst lagi dah umum kad prabayar memang dikecualikan gst. jadi? xfaham la menteri2 ni
 
Ini semua sandiwara dan tai chi kerejaan bila kena gertak ngan operator.

Sapa.kaya.....maxis, celcom, digi, altel dll
Eh eh eh bukan altel 100% melayu ke....kena gak gst.....dh lh bapak susah nk dpt topup altel skg ni.....

Melayu oh melayu....oh melayu
 
Dia tulis rakyat keliru.. tp drpd artikel ni,. Mcm Menteri yg keliru ni..
 
Cakap berbelit2....boleh naik kalo tambah free minit. Kalo tambah lebih seminit....kira penambaikan ke....
 
Konfirm naik.

Korang jangan jadi macam Sultan Melaka. Dalam mimpi pun kene kencing !
 
Perggggggggh apa bnda la menteri ni, ni mesti kne ugut pru14 xde poster bunting percuma
 
"Keputusan mesyuarat Jemaah Menteri hari ini itu dibuat setelah mengambil kira sebanyak 44 peratus daripada lebih 25,000 aduan mengenai GST adalah rungutan terhadap kenaikan harga kad tambah nilai prabayar telefon bimbit sebanyak enam peratus."

kena ado aduan baru bukak mata ka?

kalu xdo aduan, kira kawtim je rakyat kena bayar lebih utk topup?

hangpa tau ka selain dari topup utk kredit....masa active adalah paling kritikal....

hareee
 
Sampai ke kabinet.. Punyaler handal telco ni..
 
hek eleh...

patutnya benda ni dah setel paling awal la.

2 tahun lepas lagi dah boleh pikir....hampir tiap rakyat malaysia guna top up kot
 
Back
Top
Log in Register