BTC USD 86,439.1 Gold USD 4,341.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keputusan SMPC Ke IPTA Diputuskan Kabinet

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,813
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,813
Reaction score
98
Points
80

Keputusan SMPC Ke IPTA Diputuskan Kabinet​

0781fcc7e11ef07786e14c24fef9240a6a06c3e19d1fb

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat buku Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia 2035 selepas merasmikan Sambutan Hari Belia Negara Tahun 2026 (HBN 2026) Peringkat Kebangsaan hari ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Keputusan untuk membenarkan pelajar lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) atau Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah diputuskan Kabinet, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata semua pelajar, tanpa mengira aliran sekolah, mesti memenuhi syarat asas, iaitu lulus Bahasa Melayu dan Sejarah pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Keputusan Kabinet (SMPC/UEC) dengan syarat Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM lulus. Jadi, kita bagi ruanglah, walaupun mungkin dengan beberapa kursus dulu, kerana dahulu hal ini tidak dipersetujui. Sekarang, bila sekolah Cina diterima, jadi kita pun terima baik.

“Ini bukannya terpakai kepada UEC. (sahaja, tetapi) sekolah Arab, menengah, tahfiz dan sebagainya, semua syarat sama, termasuk sekolah antarabangsa melibatkan pelajar Malaysia. Cuma ada beberapa perincian yang sedang kita bincangkan…,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Belia Negara 2026, di sini hari ini.

Semalam, kerajaan dilaporkan bersetuju dengan beberapa ketetapan berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan daripada luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA di negara ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan mesyuarat Jemaah Menteri mempersetujui beberapa ketetapan berkaitan laluan kemasukan pelajar daripada aliran sekolah atau institusi tahfiz, sekolah swasta dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) ke IPTA.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berkata isu membabitkan kerakyatan pemain warisan perlu dibincangkan terlebih dahulu pada peringkat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri mengikut proses ditetapkan sebelum sebarang keputusan dibuat.

 
Back
Top
Log in Register