Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Kepakaran Wakaf Malaysia Jadi Rujukan Oman Dalam Pembangunan Aset Ummah
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Marhamah Rosli (kiri), menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Wakaf antara Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Ridzwan Bakar (tengah), dengan Sohar Islamic yang diwakili Ketua Pembiayaan Islamnya, Fahad Akbar Al Zadjali (dua, kiri), serta Boushar Endowment Foundation, Kesultanan Oman yang diwakili Pengerusinya, Malik Hilal Al Yahmadi (dua, kanan). Turut bersama Menteri Plenipotensiari merangkap Timbalan Ketua Perwakilan Kesultanan Oman di Malaysia, Mohamed Najeeb Al Bulushi (kanan).
Kepakaran Malaysia dalam pembangunan wakaf mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila dua institusi dari Kesultanan Oman menjalin kerjasama strategik dengan (YWM) bagi memperkasakan pembangunan aset wakaf serta meneroka inovasi kewangan sosial Islam.
Kerjasama itu dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) antara YWM bersama Sohar Islamic dan Boushar Endowment Foundation yang memberi tumpuan kepada perkongsian kepakaran, pemindahan ilmu, teknologi serta amalan terbaik dalam tadbir urus dan pengurusan wakaf.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli berkata kerjasama itu mencerminkan pengiktirafan terhadap keupayaan Malaysia membangunkan ekosistem wakaf yang tersusun, inovatif dan berimpak tinggi.
“Ini merupakan satu hubungan dua hala dan kerjasama yang memberi penghormatan kepada negara kita dalam sektor wakaf. Ia tidak sekadar memberikan impak tinggi kepada negara, tetapi memberi banyak manfaat kepada masyarakat dan umat Islam secara umum,” katanya selepas majlis pemeteraian MoU itu di sini hari ini.
MoU berkenaan ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWM Dr Ridzwan Bakar, Ketua Pembiayaan Islam Sohar Islamic Fahad Akbar Al Zadjali serta Pengerusi Bousher Endowment Foundation Malik Hilal Al Yahmadi, dengan disaksikan Marhamah bersama Timbalan Ketua Misi Kesultanan Oman di Malaysia Mohamed Najeeb Al Bulushi.
Marhamah berkata pelantikan Ridzwan sebagai Penasihat Wakaf Kesultanan Oman oleh kedua-dua institusi itu turut mencerminkan keyakinan negara berkenaan terhadap kepakaran Malaysia.
“Ini satu penghormatan kerana kita (Malaysia) selalu dengar kita membawa kepakaran luar ke Malaysia, tetapi kali ini kita memperkenalkan dan mereka mengiktiraf kepakaran Malaysia dalam sektor wakaf ke negara mereka,” katanya.
Sementara itu, Ridzwan berkata kerjasama dengan Oman merupakan sebahagian daripada usaha YWM memperluas jaringan wakaf ke peringkat antarabangsa, termasuk dengan Kuwait, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Beliau berkata hubungan strategik bersama Oman bermula menerusi kunjungan pada 2023 dan 2024 bagi meneroka peluang kerjasama pembangunan wakaf serta pelaburan.