BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PKTAAB USM Berpotensi Jadi Pusat Rujukan Kanser Antarabangsa - Zambry

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PKTAAB USM Berpotensi Jadi Pusat Rujukan Kanser Antarabangsa - Zambry​

e5aa3e034682fb66cd71d2764f821c766a707ea165f27

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB) Universiti Sains Malaysia (USM) diyakini mampu berkembang sebagai pusat rawatan dan penyelidikan kanser bertaraf antarabangsa berasaskan kepakaran tempatan serta kemudahan teknologi yang dimilikinya.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pusat itu telah menunjukkan kemajuan membanggakan dan kini menjadi antara pusat rujukan penting dalam rawatan serta penyelidikan kanser, termasuk kanser lidah.

“Saya yakin suatu hari nanti pusat ini akan menjadi pusat rawatan kanser yang terkenal, bukan hanya dalam rantau ASEAN, tetapi juga di rantau Asia Pasifik seluruhnya kerana pusat ini sudah pun menjadi rujukan penting dalam kajian termasuk berkaitan kanser lidah.

“Rawatan yang kita anggap agak sukar itu berada di sini dan antara yang terbaik pada peringkat antarabangsa,” katanya ketika merasmikan PKTAAB USM di Bertam, di sini hari ini.

Beliau berkata penamaan semula Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) sebagai Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan penghargaan terhadap legasi bekas Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mahu melihat pembangunan kawasan berkenaan berteraskan ilmu, pendidikan dan kemudahan untuk rakyat.

Zambry berkata pusat itu juga terus memperkukuh keupayaan rawatan menerusi penggunaan teknologi baharu termasuk mesin Radiative Hyperthermia yang pertama diperkenalkan di Malaysia serta Linear Accelerator (LINAC) EVO yang pertama di Asia Tenggara.

Beliau berkata kerajaan akan terus meneliti keperluan pembangunan fasa seterusnya supaya pusat itu dapat berkembang sebagai pusat rujukan bukan sahaja dalam rawatan, malah penyelidikan dan latihan akademik berkaitan kanser.

Sementara itu, Pakar Perunding Otorinolaringologi (ENT) dan Brakiterapi Surgikal Prof Madya Dr Muhamad Yusri Musa berkata mesin hipertermia radiatif itu menggunakan haba pada kawasan kanser, terutama di kepala, leher dan payudara serta digabungkan dengan radioterapi bagi meningkatkan keberkesanan rawatan.

Dr Muhamad Yusri berkata berdasarkan kajian, kaedah itu mampu meningkatkan keberkesanan rawatan kira-kira 30 peratus selain mengurangkan kesan sampingan dan akan digabungkan dengan teknik inovasi rawatan kanser lidah secara hibrid bagi menangani kes pada tahap lebih sukar.

 
Back
Top
Log in Register