BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AKSM Perlu Jadi Pusat Latihan, Rujukan Kehakiman Syariah Diiktiraf Antarabangsa

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
474ac2b03fd724d3036b8c04fe492a1669035ed2de0f2

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar


--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mahu Akademi Kehakiman Syariah Malaysia (AKSM) muncul sebagai pusat latihan dan rujukan kehakiman syariah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa serta menjadi mercu tanda kebanggaan umat Islam di bawah naungan Kerajaan MADANI.

Beliau berkata AKSM bukan sahaja berperanan melahirkan hakim, pendaftar, pendakwa dan peguam syarie yang berpengetahuan tinggi dalam undang-undang, malah individu yang berintegriti, cekal dan rasa insaf dalam menegakkan keadilan syariah.

“AKSM akan menjadi simbol kepada pengurusan latihan yang terancang dan berkesan, selaras dengan kehendak kompetensi penjawat awam serta keperluan masyarakat.

“Dengan ini, JKSM perlu terus memperkukuh peranannya sebagai pusat rujukan dan inovasi syariah negara serta pusat kecemerlangan ilmu, latihan dan pemikiran kehakiman Islam yang diyakini serta disegani,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Na’im turut menyarankan agar AKSM memperluas jangkauan dan pengaruh di peringkat serantau melalui jaringan ilmiah Nusantara, dengan menjalin kerjasama strategik bersama institusi kehakiman dan universiti di Indonesia, Brunei, Singapura dan wilayah Islam lain di rantau ini.

“Matlamat akhirnya ialah untuk mencapai pengiktirafan antarabangsa sebagai pusat latihan kehakiman syariah yang diyakini dunia,” katanya.

Mohd Na’im turut menyeru agar AKSM menjadi pemangkin utama kepada lonjakan profesionalisme, integriti dan kualiti perkhidmatan kehakiman syariah bagi memperkukuh keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman Islam di negara ini.

Beliau yakin dengan pengurusan cekap, tenaga pengajar berwibawa dan kurikulum yang dinamik, AKSM mampu memacu agenda pemerkasaan syariah secara mampan, berimpak dan lestari.

“Objektif utama AKSM amat jelas iaitu menyediakan latihan profesional dan sistematik kepada warga kehakiman syariah termasuk hakim syarie, pendakwa syarie, pegawai syariah serta peguam syarie di seluruh negara.

 
Back
Top
Log in Register