BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenyataan Mohd Shuhaily Tidak Dilaporkan Dengan Tepat - AKPS

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
e291be85b6a467728c685896a535354c68fa174b40d2f

Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menjelaskan bahawa laporan sebuah akhbar semalam berhubung kenyataan Ketua Pengarah Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengenai proses pembuangan kerja penjawat awam yang tidak berintegriti adalah tidak tepat dan mengelirukan.

AKPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan laporan itu adalah susulan sesi temu bual khas akhbar berkenaan bersama Mohd Shuhaily pada Selasa dan Rabu lepas di Ibu Pejabat AKPS di sini.

Menurut AKPS, laporan berkenaan menyatakan bahawa proses pembuangan kerja penjawat awam yang tidak berintegriti adalah tidak mudah kerana ia kuasa mutlak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), namun ia tidak mencerminkan maksud sebenar kenyataan yang disampaikan Mohd Shuhaily.

“Pihak AKPS telah menghubungi pengurusan akhbar berkenaan bagi menyiarkan pernyataan ralat berhubung perkara ini dan ralat itu diterbitkan pada hari ini di muka surat 8, akhbar Berita Harian,” menurut kenyataan itu.

AKPS turut menyatakan kekesalan dan memohon maaf atas kekeliruan yang timbul berikutan kesilapan pelaporan berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register