BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AKPS Perlu 400 Pegawai Penyiasat Sokong Keperluan Operasi - Mohd Shuhaily

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
edbeff2ce36cee5304d3295d746dd8d36981a2cadb4bb

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) memerlukan kira-kira 400 pegawai penyiasat bagi menyokong keperluan operasi dan penguatkuasaan di seluruh negara, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Beliau berkata jumlah pegawai penyiasat itu adalah anggaran awal memandangkan AKPS berhasrat untuk melaksanakan sepenuhnya fungsi penyiasatan dan pendakwaan secara sendiri pada masa hadapan.

“Kita (AKPS) memerlukan hampir 400 pegawai penyiasat, yang menjadi cabaran kepada saya untuk melatih dengan kekuatan sedia ada dan juga pengambilan baharu kelak,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat Ketua Pengarah AKPS di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu, Mohd Shuhaily berkata AKPS memerlukan kepakaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aspek siasatan, operasi dan pendakwaan bagi meningkatkan kecekapan pegawai penyiasat agensi itu.

“Kepakaran PDRM diperlukan untuk mematangkan AKPS dalam masa yang lebih singkat. Memang menjadi hasrat supaya kita sendiri menyiasat dan kita sendiri yang akan mendakwa.

“Kita ada pegawai pendakwa raya AKPS, ada tiga hingga empat orang yang buat masa ini lebih banyak menghabiskan masa membantu dalam konteks menasihati penggubalan undang-undang dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata keputusan meletakkan pegawai kanan PDRM iaitu Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal sebagai Komander Pintu Masuk Pelabuhan Klang, AKPS adalah langkah tepat kerana menghasilkan beberapa kejayaan membanggakan termasuk membongkar kegiatan pengimportan sisa elektronik secara haram.

“Saya rasa meletakkan seorang pegawai kanan polis di tempat tersebut (Port Klang) membuatkan unsur ataupun pemikiran siasatan itu mendahului segalanya.

“Apabila beliau (Nik Ezanee) melihat akan adanya barang-barang yang mungkin ingin dibawa masuk secara tidak betul dan jenayah di depan mata, maka sebagai seorang pegawai polis dan penjawat awam beliau bertindak,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register