BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mohd Shuhaily Dilantik Ketua Pengarah AKPS Berkuat Kuasa Esok - KSN

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
c9ce4652b07ae498deb1c2b623f45740681c8f3e466b2

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Kementerian Dalam Negeri bagi tempoh dua tahun mulai 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2027.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata beliau yakin Mohd Shuhaily, 53, yang memiliki pengalaman luas dalam perkhidmatan polis selama 26 tahun mampu menerajui kepimpinan AKPS dengan lebih cemerlang.

“Ia berdasarkan kompetensi serta pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam pelbagai unit di Polis Diraja Malaysia termasuk di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Kepimpinan beliau juga diyakini dapat memperkukuh kawalan sempadan negara ke tahap tertinggi serta memperteguh budaya integriti dalam perkhidmatan berteraskan nilai-nilai MADANI,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shuhaily berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Sarjana Sains Pengajian Strategik Universiti Teknologi Nanyang di Singapura.

Beliau pernah berkhidmat di Washington, Amerika Syarikat sebagai Pegawai Atase (Polis) dari 2010 hingga 2013 dan menyandang jawatan Pengarah JSJ Bukit Aman pada 15 Ogos 2023.

 
Dah keja makan gaji, ikut saja la. Fikir baik je nanti dah tua, tak keja pun dapat pencen.
 
Back
Top
Log in Register